Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Xiaomi Redmi Note 7 kini di Malaysia pada harga dari RM 679 sahaja

Xiaomi Redmi Note 7 kini telah dilancarkan secara rasmi dan ianya boleh diletakkan sebagai telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia.

Redmi Note 7 yang dilancarkan pada penghujung bulan lalu dipasaran China kini telah memasuki pasaran Malaysia dan ianya akan turut hadir dengan jaminan waranti 18-bulan seperti di pasaran China.

Redmi Note 7 akan hadir dengan tetapan kamera utama 48MP yang dibekalkan oleh Samsung ISOCELL GM1 dan disertakan dengan kamera 5MP manakala kamera selfie adalah unit 13MP.

Selain itu, Redmi Note 7 akan hadir dengan skrin paparan dot drop FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses Snapdragon 660, dua kapasiti RAM iaitu 3GB atau 4GB yang dipadankan dengan memori dalaman 32GB, 64GB atau 128GB.

Redmi Note 7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 4.

Redmi Note 7 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 27 Mac pada harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu dari RM 679 sahaja.

Berikut adalah senarai penuh harga Redmi Note 7 di Malaysia :

Redmi Note 7 3GB+32GB – RM 679

Redmi Note 7 4GB+64GB – RM 799

Redmi Note 7 4GB+128GB – RM 949

a home equity loan | loan rates compared | http://www.mobile88.com/news/tempatan/maxis-malaysia-telefon-percuma-raya/ | where can i get a short term loan
a home equity loan | loan rates compared | http://www.mobile88.com/news/tempatan/maxis-malaysia-telefon-percuma-raya/ | where can i get a short term loan a home equity loan | loan rates compared | http://www.mobile88.com/news/tempatan/maxis-malaysia-telefon-percuma-raya/ | where can i get a short term loan