Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Xiaomi Mi Note 2 akan tiba di Malaysia 27 April ini

IMG_3728

Xiaomi Malaysia dilihat agresif dalam menawarkan model baru ke pasaran tempatan bulan ini.

Jika sebelum ini Mi Malaysia telah mengesahkan penawaran Mi 4X dan Redmi Note versi 4GB RAM/64GB ROM, syarikat ini nampaknya akan mula menawarkan Xiaomi Mi Note 2 mulai 27 April ini.

Xiaomi telah memuat turun satu gambar di akaun Facebook Mi Malaysia yang memberikan kita petunjuk bahawa Mi Note 2 akan ditawarkan pada 27 April 2017.

Bercakap mengenai Xiaomi Mi Note 2 , telefon pintar ini hadir dengan teknologi skrin paparan dua sisi yang sama seperti pada Galaxy Note7.

IMG_3730

Xiaomi Mi Note 2 hadir dengan skrin paparan OLED fleksibel berukuran 5.7-inci yang dilapisi dengan panel gelas 3D pada bahagian hadapan dan juga belakang. Panel skrin ini mempunyai nisbah skrin kepada rangka 77.2%.

Beralih kepada spefikasi lain,Mi Note 2 ini memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 821 berkelajuan 2.35GHz, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB dan dua pilihan memori dalaman UFS iaitu 64GB atau 128GB ( versi global akan hadir dengan 6GB RAM dan 128GB ROM).

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki oleh Mi Note 2 adalah bateri berkapasiti 4,070mAh dengan sokongan pengecasan pantas ‘Quick Charge 3.0’, kamera 22.56MP ( Sensor Sony IMX318) yang dilengkapi dengan pengstabilan imej elektronik EIS dan kamera hadapan 8MP + pemfokusan auto.

Mi Note 2 juga memiliki NFC , teknologi audio DAC Qualcomm Aqstic dan MIUI 8 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Xiaomi tidak mengumumkan sebarang maklumat harga bagi Mi Note 2 namun ianya dijangka sekitar RM 2,100-RM 2,200.

secure online loans | bad ccj credit loan | http://www.mobile88.com/news/apply-for-loans-online
secure online loans | bad ccj credit loan | http://www.mobile88.com/news/apply-for-loans-online secure online loans | bad ccj credit loan | http://www.mobile88.com/news/apply-for-loans-online