Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Xiaomi Mi Note 10 telah dikesan di SIRIM


Walaupun baru beberapa hari selepas dilancarkan di pasaran global, Xiaomi Mi Note 10 nampaknya telah semakin hampir memasuki pasaran Malaysia.

Buktinya adalah di pangkalan data SIRIM yang merupakan langkah-langkah akhir sebelum pelancaran sesuatu produk elektronik di Malaysia.

Mi Note 10 dengan nombor model M1910F4G telah dikesan di SIRIM yang menandakan kita tidak jauh untuk menyaksikan pelancaran telefon pintar ini di Malaysia.

Terus ke spesifikasi, Xiaomi Mi Note 10 hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.47” yang melengkung selain sensor capjari generasi baru yang 88% lebih nipis.

Mi Note 10 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 730G, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 5,260mAh.

Bercakap mengenai bateri yang dimiliki Mi Note 10 ini, ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas Power Delivery 30W yang membolehkan pengecasan penuh peranti dilakukan didalam masa 65 minit sahaja ( disertakan didalam kotak).

Beralih kepada agenda utama Mi Note 10 ini iaitu kamera, ianya dilengkapi dengan 5 kamera dibelakang dengan sensor utama Samsung 108MP + 12MP + 5MP + 20MP + 2MP. Kamera ini menawarkan pengzooman hibrid 10x selain pengzooman digital 50x dan terdapat juga rakaman video 4K dan gerak perlahan makro 960fps. Kamera selfie adalah unit 32MP.

Selain itu, Mi Note 10 juga disertakan dengan MIUI 11, lapisan gelas Corning Gorilla 5 pada panel hadapan dan belakang,  NFC, bicu audio 3.5mm dan IR blaster.

Jika anda tertanya-tanya mengenai Mi Note 10 Pro, perbezaan antara model ini dengan Mi Note 10 adalah pengunaan lensa kamera 8P, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Harga penjualan Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro bagi pasaran global adalah €549 (RM 2,515) dan €649 (RM 2,973)

http://www.mobile88.com/news/large-unsecured-personal-loans | payday loan centers | http://www.mobile88.com/news/new-jersey-student-loans
http://www.mobile88.com/news/large-unsecured-personal-loans | payday loan centers | http://www.mobile88.com/news/new-jersey-student-loans http://www.mobile88.com/news/large-unsecured-personal-loans | payday loan centers | http://www.mobile88.com/news/new-jersey-student-loans