Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Xiaomi Mi Note 10 dan Note 10 Pro kini di Malaysia pada harga dari RM 2,099



Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Xiaomi Mi Note 10 ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 2,099 dan RM 2,499 bagi Mi Note 10 Pro.

Xiaomi Mi Note 10 hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.47” yang melengkung selain sensor capjari generasi baru yang 88% lebih nipis.

Mi Note 10 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 730G, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 5,260mAh.

Bercakap mengenai bateri yang dimiliki Mi Note 10 ini, ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas Power Delivery 30W yang membolehkan pengecasan penuh peranti dilakukan didalam masa 65 minit sahaja ( disertakan didalam kotak).

Beralih kepada agenda utama Mi Note 10 ini iaitu kamera, ianya dilengkapi dengan 5 kamera dibelakang dengan sensor utama Samsung 108MP + 12MP + 5MP + 20MP + 2MP. Kamera ini menawarkan pengzooman hibrid 10x selain pengzooman digital 50x dan terdapat juga rakaman video 4K dan gerak perlahan makro 960fps. Kamera selfie adalah unit 32MP.

Selain itu, Mi Note 10 juga disertakan dengan MIUI 11, lapisan gelas Corning Gorilla 5 pada panel hadapan dan belakang,  NFC, bicu audio 3.5mm dan IR blaster.

Jika anda tertanya-tanya mengenai Mi Note 10 Pro, perbezaan antara model ini dengan Mi Note 10 adalah pengunaan lensa kamera 8P, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Aurora Green, Glacier White dan Midnight Black.

Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 Disember ini pada harga penjualan RM 2,099 dan RM 2,499.

setiap pembelian Mi Note 10 Pro akan menerima baucar PWP RM 100 bagi pembelian di Mi Store manakala pembelian Mi Note 10 Pro akan melayakkan anda menikmati promosi yang sama namun dengan tambahan 12-waranti skrin secara percuma.

loan pre approval letter | http://www.mobile88.com/news/local/nokia-asha-210-malaysia-price-rm219/ | fast cash paycheck loan | title loan store
loan pre approval letter | http://www.mobile88.com/news/local/nokia-asha-210-malaysia-price-rm219/ | fast cash paycheck loan | title loan store loan pre approval letter | http://www.mobile88.com/news/local/nokia-asha-210-malaysia-price-rm219/ | fast cash paycheck loan | title loan store