Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Xiaomi Black Shark 2 Pro akan hadir dengan pemproses Snapdragon 855+

Telefon pintar gaming Black Shark 2 Pro telah disahkan akan dilancarkan pada 30 Julai ini dan kini anak syarikat Xiaomi ini telah mengesahkan ianya akan menggunakan pemproses terbaru Snapdragon 855+ yang sama seperti pada ROG Phone II.

Satu video teaser yang dimuat naik oleh syarikat ini telah mengesahkan pengunaan pemproses terbaru Qualcomm yang memang memfokuskan kepada telefon pintar gaming.

Selain daripada pengesahan rasmi mengenai pengunaan pemproses Snapdragon 855+ ini, pangkalan ujian AnTuTu juga memberikan kita maklumat bahawa telefon pintar gaming ini akan memiliki 12GB RAM dan 256GB memori dalaman (mungkin ada versi dengan RAM dan ROM yang lebih rendah).

Selain itu, Black Shark 2 Pro juga disahkan akan memiliki skrin paparan FHD+ namun saiz dan jenis panel yang digunakan masih belum diketahui.

Apa pun segala maklumat rasmi mengenai telefon pintar ini akan didedahkan didalam masa lebih kurang 24 jam sahaja lagi.

Tontoni video teaser Black Shark 2 Pro di Sini

fast home loan | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/sony-kamera-galaxy-s5-malaysia-harga/ | self employment loan
fast home loan | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/sony-kamera-galaxy-s5-malaysia-harga/ | self employment loan fast home loan | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/sony-kamera-galaxy-s5-malaysia-harga/ | self employment loan