Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Wiko Mobile kini sudah memasuki pasaran Malaysia – harga berpatutan

image

Wiko Mobile kini secara rasminya memasuki pasaran Malaysia dan pelancaran rasmi kesemua produk yang akan ditawarkan di sini telah di adakan pagi ini.

Antara produk yang akan ditawarkan oleh Wiko Mobile di Malaysia iaitu Wiko Highway Pure yang hadir dengan reka bentuk yang sangat nipis iaitu 5.1mm dengan berat hanya 98gram, Wiko Fever yang disasarkan kepada golongan pertengahan namun mempunyai spesifikasi kelas tinggi selain Wiko Lenny 3 yang disasarkan kepada golongan kelas rendah.

image

Wiko Fever adalah telefon pintar yang hadir dengan ciri ‘glow in the dark’ dan ianya memiliki skrin paparan HD penuh berukuran 5.2-inci, pemproses octa-core berkelajuan 1.3GHz, 3GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,900mAh.

Selain itu, Wiko Fever juga hadir dengan kamera belakang 13MP manakala kamera hadapan adalah 5MP yang mana ianya juga mempunyai flash hadapan.

Wiko Fever ini juga mempunyai sokongan dwi-SIM, slot microSD sehingga 64GB dan mempunyai harga penjualan RM 799.

Beralih kepada Wiko Highway Pure, ianya adalah telefon pintar yang sangat nipis iaitu hanya 5.1mm dan ia turut mempunyai batu kristal Swarovski yang diletakkan pada bahagian butang kuasa dan butang suara.

Ianya hadir dengan skrin paparan AMOLED HD berukuran 4.8-inci, pemproses Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, 2GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,200mAh.

image

Selain itu, Wiko Mobile Highway Pure juga hadir dengan kamera belakang 8MP yang dibekalkan oleh Sony manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Wiko Highway Pure mempunyai harga penjualan RM 999 dan kini sudah mula ditawarkan di Malaysia.

Model ketiga dan terakhir yang dilancarkan ke pasaran Malaysia adalah model yang dikenali sebagai Wiko Lenny 2.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan IPS 5.0-inci, pemproses quad-core berkelajuan 1.3GHz , 1GB RAM ,8GB memori simpanan dalaman dan bateri 1,800mAh.

Selain itu, Lenny 2 juga mempunyai kamera belakang 5MP manakala kamera hadapan hanya 2MP.

Lenny 2 mempunyai harga penjualan yang sangat rendah iaitu hanya RM 299 dan ianya hadir didalam lima pilihan warna.

Kesemua model Wiko ini kini sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia dan ianya ditawarkan di bandar-bandar utama seluruh negara.

http://www.mobile88.com/news/feature/5-ways-smartwatch-life-easier-more-fun/ | http://www.mobile88.com/news/feature/ifa-2013-top-5-android-devices-launch-samsung-galaxy-note-3-galaxy-gear-sony-xperia-z1-honami-htc-one-max-lg-g-pad-release-date/ | franchise business loans | free car loan | http://www.mobile88.com/news/payday-loans-chesapeake-va
http://www.mobile88.com/news/feature/5-ways-smartwatch-life-easier-more-fun/ | http://www.mobile88.com/news/feature/ifa-2013-top-5-android-devices-launch-samsung-galaxy-note-3-galaxy-gear-sony-xperia-z1-honami-htc-one-max-lg-g-pad-release-date/ | franchise business loans | free car loan | http://www.mobile88.com/news/payday-loans-chesapeake-va http://www.mobile88.com/news/feature/5-ways-smartwatch-life-easier-more-fun/ | http://www.mobile88.com/news/feature/ifa-2013-top-5-android-devices-launch-samsung-galaxy-note-3-galaxy-gear-sony-xperia-z1-honami-htc-one-max-lg-g-pad-release-date/ | franchise business loans | free car loan | http://www.mobile88.com/news/payday-loans-chesapeake-va