Waze kini memaparkan info kadar tol di Malaysia
Aplikasi navigasi popular, Waze telah mengumumkan ciri terbaru yang telah lama dinanti-nantikan oleh pemandu di Malaysia.
aplikasi Waze kini hadir dengan paparan info harga tol yang membantu pemandu merancang perjalanan mengikut masa dan kos tol yang bakal dikenakan.
ciri terbaru ini sudah pastinya berguna bagi anda yang mahu menjimatkan wang dengan memilih jalan yang mengambil sedikit tambahan masa.
penawaran ciri info harga tol di Malaysia ini telah menjadi kenyataan hasil kerja keras 6 sukarelawan komuniti Waze di Malaysia iaitu Kadyus, Kweeheng, Rickylo103, EpailXi, Izuaniz dan Lutfi_bihar.
paparan info maklumat harga tol ini sudah pasti memberikan kelebihan tambahan bagi pengguna aplikasi Waze ini.