Reka bentuk Xiaomi Redmi Note 5 mula membuat tersebar
Share this:
Share this:
Telefon pintar Xiaomi pertama dengan skrin paparan 18:9 iaitu Redmi Note 5 telah diperkatakan sebelum ini namun kali ini terdapat gambar jelas model ini yang tersebar.
Model prototaip Xiaomi Redmi Note 5 ini hadir dengan sisi bezel yang sangat nipis dengan skrin paparan 18:9 berukuran 5.5-inci ( resolusi mungkin HD+) selain dwi-kamera dibahagian belakang.
Kamera Xiaomi Redmi Note 5 ini memiliki kamera 16MP + 5MP manakala kamera selfie tidak dapat dikenal pasti resolusinya.
Selain itu, Redmi Note 5 ini dijangka akan memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 660 atau MediaTek Helio P25 dengan bateri berkapasiti 4,000mAh.
Xiaomi Redmi Note 5 dijangka akan hadir dengan tiga versi iaitu 3GB RAM/16GB ROM, 3GB RAM/32GB ROM dan 4GB RAM/64GB ROM.