Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Vivo V15 Pro versi 8GB RAM akan mula ditawarkan di Malaysia pada 20 April dengan harga RM 1,899

Vivo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Vivo V15 Pro versi 8GB RAM akan memasuki pasaran Malaysia pada 20 April ini.

Vivo V15 Pro ini hadir dengan kamera selfie terbaik dunia iaitu dengan resolusi 32MP yang mana ianya hadir dengan mekanisma kamera terangkat.

Vivo V15 Pro ini turut memiliki skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.39-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.64%, pemproses Snapdragon 675 AEI, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang dengan sensor utama 48MP yang disertakan bersama satu sensor lensa lebar 8MP dan sensor bokeh 5MP.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga mempunyai bateri berkapasiti 3,700mAh dengan pengecasan pantas ‘dua-engine’, sensor capjari pada skrin dan Funtouch OS yang berasaskan Android Pie.

Vivo V15 Pro ini hadir dengan harga penjualan RM 1,899 dan Vivo juga telah mengesahkan Vivo V15 Pro versi 8GB RAM ini akan turut digunakan di pertandingan PUBG Mobile Open Club 2019.

ace check cashing loans | http://www.mobile88.com/news/new-autos-loans | transfer car loan | pay day loan assistance | emerald advance loan 2010
ace check cashing loans | http://www.mobile88.com/news/new-autos-loans | transfer car loan | pay day loan assistance | emerald advance loan 2010 ace check cashing loans | http://www.mobile88.com/news/new-autos-loans | transfer car loan | pay day loan assistance | emerald advance loan 2010