Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

vivo S1 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,199 sahaja


vivo secara rasminya telah melancarkan vivo S1 Pro ke pasaran Malaysia pada harga penjualan RM 1,199 sahaja.

vivo S1 Pro adalah model antarabangsa bagi vivo S5 yang dilancarkan di pasaran China awal minggu ini namun terdapat sedikit perbezaan dari segi spesifikasi dalaman.

vivo S1 Pro hadir dengan skrin paparan punch hole AMOLED FHD+ bersaiz 6.38-inci, pemproses Snapdragon 665, 8GB RAM dan 128 storan dalaman.

Vivo S1 Pro juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang unik dengan susunan seperti bentuk berlian.

Sensor kamera yang digunakan adalah sensor  48MP, sensor ultra-lebar 8MP, sensor kedalaman 5MP dan sensor makro 2MP dengan kamera selfie adalah unit 32MP.

Selain itu, Vivo S5 turut hadir dengan FunTouch OS berasaskan Android 9.0 Pie, bateri berkapasiti 4,500mAh dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Vivo S1 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan di vivo online store pada harga RM 1,199 dengan baucar diskaun RM 50 dan hadiah misteri percuma.

Penjualan rasmi akan bermula mulai 7 Disember dengan roadshow khas vivo S1 Pro SuperDay di Central i-city.

loan rate calculations | education loan in usa | internet loan payday
loan rate calculations | education loan in usa | internet loan payday loan rate calculations | education loan in usa | internet loan payday