Sponsored Advertisement

Xiaomi Mi 2S akan mula ditawarkan di Malaysia 1 Jun ini – dari RM 1,999

Xiaomi Mi Mix 2S akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 1 Jun 2018 dan anda boleh mendapatkanya dengan waranti rasmi Mi Malaysia.

Xiaomi Mi 2s adalah versi Mi 2S yang telah dikemaskini dan ianya mempunyai harga ketika pelancaran yang lebih murah berbanding Mi 2 khususnya kerana ketiadaan cukai GST.

telefon pintar tanpa bezel ini kini hadir dengan skrin paparan 2:1 berukuran 5.99-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 6GB RAM atau 8GB RAM , tiga kapasiti memori dalaman iaitu 64GB, 128GB dan 256GB.

Mi Mix 2 ini juga memiliki dwi-kamera 12MP + 12MP Sony IMX363 yang memiliki sensor piksel 1.4, pemfokusan optik 4-paksi, rangka aluminium siri 7000, bateri berkapasiti 3,400mAh, sokongan LTE global, bateri berkapasiti  dan kamera selfie 5MP .

Mi Mix 2S juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 7.5W yang mempunyai pengiktirafan Qi.

Xiaomi Mi 2S yang ditawarkan di Malaysia boleh dibeli melalui stor fizikal Mi diseluruh negara dan juga di Lazada Malaysia dengan harga penjualan

RM 1,999 bagi versi 6GB/64GB dan RM 2,199 bagi versi 6GB/128GB.

Xiaomi Mi 2S ini akan ditawarkan didalam warna hitam terlebih dahulu sebelum warna putih memasuki pasaran selepas itu.

loan officer licence | loans at home | loan charge offs
loan officer licence | loans at home | loan charge offs loan officer licence | loans at home | loan charge offs