Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

WhatsApp Business kini ditawarkan di Malaysia

whatsapp business

Pertengahan bulan ini, kami telah melaporkan mengenai penawaran aplikasi permesejan popular iaitu WhatsApp khas bagi perniagaan iaitu WhatsApp Business dan kini aplikasi ini telah ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

WhatsApp Business kini sedia untuk dimuat turun secara percuma di Google Play Store bagi pengguna Android selepas sebelum ini  ditawarkan di negara seperti Indonesia, Mexico, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

WhatsApp Business adalah sama seperti aplikasi WhatsApp yang biasa namun dengan ciri tambahan khusus untuk perniagaan yang membolehkan anda mencipta profil perniagaan yang membolehkan pelanggan menerima maklumat penting seperti jenis perniagaan, e-mel , alamat perniagaan dan laman web.

Facebook-launches-WhatsApp-Business-

WhatsApp Business juga hadir dengan ciri Messaging Tools yang membolehkan pemilik perniagaan membalas mesej dengan segera, mesej bagi pelanggan baru dan mesej mengenai penutupan perniagaan.

Buat masa ini WhatsApp Business hanya ditawarkan bagi peranti Android sahaja dan bagi pengguna iOS ianya mungkin akan ditawarkan tidak lama lagi.

free military loans | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/samsung-projet-f-s5-sv-malaysia-2014/ | spring leaf loans
free military loans | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/samsung-projet-f-s5-sv-malaysia-2014/ | spring leaf loans free military loans | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/samsung-projet-f-s5-sv-malaysia-2014/ | spring leaf loans