Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Vivo V9 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja

Vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa Vivo V9 yang dilancarkan di pasaran Malaysia beberapa bulan lalu kini akan ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja.

BBF7F4E2-5E85-491D-BAF9-0BB034EBBD73

Vivo V9 ini hadir dengan skrin paparan Fullview 19:9 FHD+ bersaiz 6.3-inci, pemproses Snapdragon 626 dari pada Qualcomm dan 4GB RAM yang dipadankan dengan 64GB memori simpanan dalaman.

Vivo juga telah menyertakan sensor kamera selfie 24MP yang turut mempunyai sokongan pencantikan yang dikenali sebagai AI Beautification dan AR Sticker.

5D30659C-598E-4808-905D-287B02E324C7

Kamera belakang Vivo V9 adalah sensor dwi-kamera dengan resolusi 16MP bagi sensor utama dan 5MP bagi sensor kedua.

Vivo V9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,260mAh ( masih dengan slot USB 2.0) dan Fun OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Vivo V9 ini hadir didalam empat pilihan warna iaitu hitam, emas, biru dan merah dan pembelian boleh dibuat secara atas talian di vivo store malaysia ataupun melalui wakil penjual sah produk vivo.

land loans california | auto loans business | abd credit loan | home loans quotes | best payday loan consolidation company
land loans california | auto loans business | abd credit loan | home loans quotes | best payday loan consolidation company land loans california | auto loans business | abd credit loan | home loans quotes | best payday loan consolidation company