[VIDEO] Lenovo Vibe X Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1299

Hari ini Lenovo telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan yang dikenali sebagai Lenovo Vibe X dengan harga jualan RM1299.
Lenovo-Vibe-X-Malaysia-Price-Specs
Lenovo Vibe  X ini dilengkapi dengan skrin paparan 5-inci Full HD, pemproses quad-core dengan kelajuan 1.5GHz, 2GB RAM dan 13-megapiksel pada kamera bahagian belakang.

Lenovo Vibe X ini dijanakan oleh Android 4.2 (Jelly Bean) dan dikatakan ianya difokuskan untuk merakam gambar selfie dengan kamera hadapan 5-megapiksel. Sila lihat video dibawah untuk ketahui lebih tentang Vibe  X ini.

Jika anda ingin tahu tentang harga telefon pintar terkini? Sila klik disini