Sponsored Advertisement

UberEATS membawa makanan kegemaran rakyat Malaysia ke rumah anda

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

180890FC-CA11-4A8B-9D15-0E3A97D9369B

UberEATS yang merupakan perkhimatan penghantaran makanan melalui aplikasi kini secara rasminya telah mula ditawarkan di Malaysia dengan lebih 200 restauran terpilih di kawasan Kuala Lumpur, Bangsar dan Damansara Heights.

Dengan menggunakan kepakaran Uber, UberEATS membolehkan perkhimatan penghantaran makanan ikonik Malaysia terus ke hadapan rumah anda.

5F4E9004-FEBC-4574-9DE8-0EA17E8F0ABF

UberEATS ini akan ditawarkan dari 9 pagi sehingga 12 malam dan walaupun hanya ditawarkan dikawasan yang terhad, UberEATS mahu pengalaman dan servis yang ditawarkan adalah sempurna sebelum mengembangkan perkhimatan ini ke lebih banyak kawasan.

UberEATS juga dikatakan telah berkerjasama dengan JAKIM bagi memastikan status halal makanan yang dihantar dan makanan halal dan tidak halal yang ditempah akan mempunyai bag penghantaran yang berbeza.

306C68F0-854F-4C49-808A-36E6406A320D

UberEATS kini menawarkan pembayaran melalui kad kredit atau debit dengan pembayaran tunai mungkin mula ditawarkan pada suku pertama 2018 manakala integrasi UberEATS pada aplikasi Uber akan ditawarkan didalam beberapa hari.

Antara makanan kegemaran Malaysia yang boleh ditempah melalui UberEATS adalah Nasi Lemak Antarabangsa, Devis Corner dan Kayu Nasi Kandar.

30F4BA65-E843-45D5-AFDC-B3D1FE9A0092

Kos penghantaran UberEATS adalah pada kadar tetap iaitu RM 5 dengan jangka masa penghantaran sekitar 30-35 minit.

Aplikasi UberEATS kini sudah boleh dimuat turun di Google Play Store bagi pengguna Android dan di Apple App Store bagi pengguna peranti Apple.

B7BC3F24-495D-4828-B8A4-2E5BBD8C6A9E

Anda boleh menikmati penghantaran percuma bagi tiga tempahan pertama dengan memasukkan kod promo KLTASTY dan kod ini sah digunakan sehingga 21 Oktober.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/college-loan-parent-student | loan servicing company | certified private loans | http://www.mobile88.com/news/veteran-affairs-loan | loan modification and credit score
http://www.mobile88.com/news/college-loan-parent-student | loan servicing company | certified private loans | http://www.mobile88.com/news/veteran-affairs-loan | loan modification and credit score http://www.mobile88.com/news/college-loan-parent-student | loan servicing company | certified private loans | http://www.mobile88.com/news/veteran-affairs-loan | loan modification and credit score