Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Telefon pintar Fullview pertama Asus akan dilancarkan di Malaysia bulan hadapan

android-authority-asus-pegasus-4S-hero-2-840x455

Asus Mobile Malaysia yang sepi selepas pelancaran siri Asus ZenFone 4 kini akan telah memberikan pengesahan awal bahawa satu model baru telefon pintar Asus akan diperkenalkan sebelum tahun 2017 melabuhkan tirai.

Asus akan melancarkan telefon pintar pertama mereka dengan skrin paparan 18:9 yang menjadi kegilaan dan telefon pintar ini adalah model yang sama yang diperkenalkan di China sebagai Asus Pegasus 4S.

Asus Pegasus 4S memiliki skrin paparan HD+ berukuran 5.7-inci iaitu dengan resolusi 720 x 1440, pemproses MediaTek MT6750T, 3GB RAM atau 4GB RAM yang masing-masing dipadankan dengan 32GB atau 64GB ROM.

Asus Pegasus 4S ini juga hadir dengan unit kamera berkembar 16MP dan 8MP yang hadir dengan pemfokusan auto dan flash LED serta kamera selfie 8MP.

Asus Pegasus 4S ini juga memiliki bateri berkapasiti tinggi iaitu 4,030mAh, sensor capjari dibahagian belakang, sokongan dwi-SIM dan ZenUI berasaskan Android 7.0 Nougat.

Asus Pegasus 4S ini akan dilancarkan di Malaysia pada penghujung bulan hadapan namun dengan nama yang berlainan.

loans at home | liquor store loan | payday loans no fees | self storage loans
loans at home | liquor store loan | payday loans no fees | self storage loans loans at home | liquor store loan | payday loans no fees | self storage loans