Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dilancarkan di Malaysia

959485BC-739F-482D-B252-289016352624

Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ di pusat membeli belah Pavillion Kuala Lumpur yang dibanjiri oleh pelakon drama terkenal Korea Selatan Park Bo Gum.

F1EE42C4-B288-4393-8B12-AFE45ECFEEC2

Majlis pelancaran yang dihadiri oleh Park Bo Gum ini menyaksikan hampir 10,000 peminat membanjiri pusat membeli belah ini dan ada yang sudah mula tiba seawal jam 9 pagi.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ telah mula dibuka untuk tempahan beberapa minggu lalu dengan harga penjualan bermula dari RM 3,299.

Sempena pelancaran rasmi ini, Samsung akan mengadakan Pavillion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Penang dan Aeon Bandar Dato Onn Johor Bahru mulai 16 Mac sehingga 18 Mac ini.

F8BC64C5-7684-49C9-90A7-E15FBD1D8C46

Antara promosi yang boleh dinikmati oleh bakal pembeli Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ adalah diskaun 30% bagi pembelian jam pintar Samsung Gear S3 Sport (RM1,299) dan diskaun RM 50 bagi pembelian aksesori Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

EDFC7C78-883B-4CDD-95E9-776D28CF8E56

Setiap pembeli Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga akan menerima satu unit pad pengecasan tanpa wayar secara percuma namun ianya terhad kepada 2,500 pembeli pertama tidak lupa juga 1,500 mata Samsung Reward akan diberikan selepas anda memgaktikan telefon pintar baru anda.

Harga penjualan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ adalah seperti berikut :

Samsung Galaxy S9 64GB – RM 3,299
Samsung Galaxy S9+ 64GB – RM 3,799
Samsung Galaxy S9+ 128GB – RM 3,999
Samsung Galaxy S9+ 256GB – RM 4,399

http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/moto-x-kamera-specs-harga-malaysia/ | top home loans | http://www.mobile88.com/news/reverse-loans-lenders | chase loan customer service | 100 days payday loan
http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/moto-x-kamera-specs-harga-malaysia/ | top home loans | http://www.mobile88.com/news/reverse-loans-lenders | chase loan customer service | 100 days payday loan http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/moto-x-kamera-specs-harga-malaysia/ | top home loans | http://www.mobile88.com/news/reverse-loans-lenders | chase loan customer service | 100 days payday loan