Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy Note FE mula menerima Android Oreo

Samsung Galaxy Note FE yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada bulan Oktober yang lalu kini telah disahkan akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo.

Pengesahan ini tiba selepas semalam kami melaporkan bahawa Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge juga telah mula menerima kemaskini Android 8.0 Oreo ini.

Saiz kemaskini Android Oreo bagi Galaxy Note FE adalah sekitar 1.3GB dan ianya turut hadir dengan UI Samsung Experience 9.0.

Bercakap mengenai spesifikasi Galaxy Note Fe ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD bersaiz 5.7-inci, pemproses Exynos 8890, 4GB RAM , 64GB ROM dan bateri berkapasiti 3,200mAh.

Selain itu, Galaxy Note FE juga hadir dengan stylus s-pen, Android 7.0 Nougat, Samsung Pay, Bixby, kamera utama Dual Pixel 12MP dan kamera selfie 5MP.

Jika anda masih belum menerima notifikasi mengenai kemaskini Android Oreo ini, anda boleh menyemak dibahagian tetapan.

http://www.mobile88.com/news/feature/5-ways-smartwatch-life-easier-more-fun/ | http://www.mobile88.com/news/loan-for-sale | household bank auto loans | http://www.mobile88.com/news/30-year-fixed-loans
http://www.mobile88.com/news/feature/5-ways-smartwatch-life-easier-more-fun/ | http://www.mobile88.com/news/loan-for-sale | household bank auto loans | http://www.mobile88.com/news/30-year-fixed-loans http://www.mobile88.com/news/feature/5-ways-smartwatch-life-easier-more-fun/ | http://www.mobile88.com/news/loan-for-sale | household bank auto loans | http://www.mobile88.com/news/30-year-fixed-loans