Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy A9 diumumkan sebagai telefon pintar pertama dengan teknologi 4 kamera

Samsung Mobile  secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Galaxy A yang baru dan lebih membanggakan ianya merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi 4 kamera dibelakang.

Jika sebelum ini, tetapan tiga kamera telah diterokai oleh kebanyakkan pengeluar dengan Huawei P20 sebagai model perintis, Samsung Galaxy A9 menjadi model pertama dipasaran untuk memperkenalkan pengunaan 4 kamera.

Maklmumat penuh kamera yang dimiliki Samsung Galaxy A9 ini adalah satu sensor 24MP f/1.7, satu sensor ultra lebar 8MP, sensor telefoto 10MP f/2.4 dengan 2x zoom optik dan sensor depth 5MP f/2.2 khusus untuk mod penggambaran live focus.

Selain itu, Samsung Galaxy A9 juga memiliki kamera hadapan 24MP yang hadir dengan selfie focus dan pro-lighting.

Bercakap mengenai spesifikasi lain yang dimiliki telefon pintar Galaxy A9, ianya hadir dengan skrin paparan Infinity Display bersaiz 6.3-inci yang mempunyai resolusi FHD+ juga dengan mod ‘always on’, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Samsung Galaxy A9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,800mAh dan dengan pengecasan pantas melalui slot USB-C, slot tri-SIM yang menyokong dua SIM dan satu microSD (sehingga 512GB).

Samsung Galaxy A9 ini akan hadir didalam tiga warna iaitu biru gradient, merah jambu gradient dan hitam.

Telefon pintar pertama didunia dengan 4 kamera ini akan memasuki pasaran pada bulan November 2018 namun harga penjualan tidak diumumkan lagi.

http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/samsung-galaxy-s5-mwc-2014-launch-harga-malaysia/ | top loan originators | http://www.mobile88.com/news/cheap-payday-loan-lenders
http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/samsung-galaxy-s5-mwc-2014-launch-harga-malaysia/ | top loan originators | http://www.mobile88.com/news/cheap-payday-loan-lenders http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/samsung-galaxy-s5-mwc-2014-launch-harga-malaysia/ | top loan originators | http://www.mobile88.com/news/cheap-payday-loan-lenders