Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy A8 dan A8+ (2018) mula dijual di Malaysia 19 Januari ini

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

IMG_1149
Samsung secara rasminya telah melancarkan Siri Galaxy A (2018) ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan yang amat kompetitif khususnya bagi peranti yang kini mempunyai lebih banyak ciri telefon pintar flagship.

selain persamaan dengan siri ‘flagship’ Galaxy S, Siri Galaxy A(2018) juga menjadi telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera selfie 16+ 8MP yang menampilkan ciri Live Focus yang menawarkan fungsi bokeh.

Siri Galaxy A tahun ini hadir dengan nama Galaxy A8(2018) dan Galaxy A8+(2018) yang mana siri ini semakin hampir dengan model siri Galaxy S.

IMG_1182

Kamera utama  dua model Galaxy A ini juga diberikan penambahbaikan dengan kamera 16MP yang turut mempunyai pengstabilan digital.

Seperti yang diduga, Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) mewarisi reka bentuk skrin Infinity Display dengan resolusi 1080p masing-masing dengan saiz skrin 5.6 dan 6.0-inci.

Selain itu,  model A8 dan A8+ juga memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP68, Samsung Pay, pengecasan pantas melalui USB-C ( A8 mempunyai bateri berkasiti 3,000mAh manakala A8+ pula mempunyai bateri berkapasiti 3,500 mAh).

IMG_1183
Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ akan hadir dengan sistem operasi Android 7.1 Nougat dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan kelabu.

IMG_1170

Samsung Galaxy A8 (2018) akan ditawarkan pada harga penjualan RM 1,799 manakala Galaxy A8+ (2018) pada harga RM 2,499 mulai 19 Januari 2018.

Bagi pembeli terawal iaitu dari 19-21 Januari  2018, Samsung akan menawarkan hadiah tambahan berupa satu unit powerbank Samsung 10,000mAh dan kad microSD 64GB secara percuma.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
secured collateral loans | ace cash title loans | indiana small business loans
secured collateral loans | ace cash title loans | indiana small business loans secured collateral loans | ace cash title loans | indiana small business loans