Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy A7 akan dibuka untuk tempahan mulai 15 Oktober dengan harga penjualan RM 1,299

Samsung Mobile secara rasminya telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy A7(2018) yang merupakan telefon pintar pertama syarikat ini untuk hadir dengan tetapan tiga kamera dibahagian belakang akan memasuki pasaran Malaysia pada 15 Oktober ini dengan harga penjualan RM 1,299.

Tempahan bagi Samsung Galaxy A7 ini akan dibuka pada 15 Oktober sehingga 21 Oktober 2018 dan setiap tempahan boleh dibuat dengan membayar pendahuluan RM 200 sahaja.

Selain itu, promosi pra-tempahan yang ditawarkan juga membolehkan anda menerima beberapa hadiah eksklusif termasuk Samsung Scree Protection bernilai RM 112 ( nilai hadiah keseluruhan adalah RM 302).

Samsung Galaxy A7(2018) hadir dengan tetapan kamera yang sama seperti Huawei P20 Pro namun sensor yang digunakan adalah berbeza.

Galaxy A7(2018) memiliki kamera utama 24MP selain satu sensor depth 5MP dan sensor lensa lebar 120 darjah 8MP. Bahagian kamera ini dilengkapkan dengan kamera selfie 24MP.

Samsung Galaxy A7(2018) hadir dengan skrin paparan 18:9 FHD+ Super AMOLED berukuran 6.0-inci, pemproses octa-core berkelajuan 2.2GHz, 4GB RAM dan 128GB kapasiti storan dalaman.

Samsung Galaxy A7(2018) juga memperlihatkan pengunaan sensor capjari pada bahagian sisi, bateri berkapasiti 3,300mAh, UI Samsung Experience (Android 8.0 Oreo), Bluetooth 5.0, NFC dan sokongan kad microSD sehingga 512GB.

Samsung Galaxy A7 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan emas dan tempahan boleh dibuat di sini

 

 

 

lending tree personal loan reviews | private loan investors | http://www.mobile88.com/news/local/lenovo-touch-laptop-u-z-series-price/ | home loan 100 financing
lending tree personal loan reviews | private loan investors | http://www.mobile88.com/news/local/lenovo-touch-laptop-u-z-series-price/ | home loan 100 financing lending tree personal loan reviews | private loan investors | http://www.mobile88.com/news/local/lenovo-touch-laptop-u-z-series-price/ | home loan 100 financing