Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Realme 2 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 799

Realme secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran tiga model terbaru mereka iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme C1.

Ketiga-tiga telefon pintar terbaru Realme ini membuktikan bahawa telefon pintar kelas pertengahan juga boleh memiliki spesifikasi hebat seperti telefon pintar yang lebih mahal.

Bercakap mengenai Realme 2 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan Dew Drop berukuran 6.3-inci, pemproses Snapdragon 660 AIE, kamera utama 16MP + 2MP, kamera selfie 16MP dan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Realme 2 Pro ini juga hadir dengan sensor capjari, slot tri-SIM dan UI ColorOS 5.2 yang berasaskan Android Oreo.

Realme 2 Pro ini ditawarkan didalam tiga pilihan RAM dan ROM dengan harga penjualan seperti berikut :

Realme 2 Pro 4GB/64GB – RM 849

Realme 2 Pro 6GB/64GB – RM 949

Realme 2 Pro 8GB/128GB – RM 1,099

Realme 2 Pro ini akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee dan pada 11 November ini, ianya akan ditawarkan pada harga istimewa seperti berikut :

Realme 2 Pro 4GB/64GB – RM 799

Realme 2 Pro 6GB/64GB – RM 899

Realme 2 Pro 8GB/128GB – RM 999

interest free loan | unemployment loans online | finance mortgage loans
interest free loan | unemployment loans online | finance mortgage loans interest free loan | unemployment loans online | finance mortgage loans