Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
No.1 Site in Malaysia

Oppo N1 Diumumkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1798

Oppo-N1-Malaysia-Price

Oppo Malaysia telahpun melancarkan telefon pintar jenis phablet mereka Oppo N1 yang mempunyai skrin paparan bersaiz 5.9-Inci di Kuala Lumpur City Center. Majlis yang mereka adakan amat meriah dan bergaya. Ini adalah pertama kali mereka melancarkan telefon pintar mereka di pasaran tempatan kita.

n1-Oppo-Malaysia-Price

Oppo N1 ini adalah salah satu telefon pintar yang unik kerana ianya mempunyai kamera 13MP yang boleh dipusingkan. Oleh kerana ini, ramai pengguna telah mempunyai minat terhadap peranti ini walaupun ianya mempunyai harga yang sedikit mahal namun masih ramai lagi yang menyukakan peranti ini kerana kamera unik peranti ini yang membawakan sokong selfie – selfie telah menjadi trend kepada semua pengguna telefon pintar yang mempunyai kamera bahagian hadapan, N1 mempunyai kamera yang boleh diputar sebanyak °206 darjah ini juga hadir dengan dual LED Flash bersama 13MP. Cuba anda bayangkan kualiti gambar yang anda akan dapat. Bukan ini sahaja yang mereka menawarkan, Oppo N1 juga mampu mengambil gambar dengan slow-shutter speed selama 8 saat.

n1-Oppo-Price-Malaysia-Harga

Sistem operasi peranti ini pula, ianya membawa antaramuka yang dipanggil  Color OS yang memberikan penambah-baikkan reka bentuk padaAndroid. Oppo N1 juga mempunyai sokongan CynogenMod.  Anda mungkin tertanya-tanya tentang penggunaan N1 ini, kerana ianya mempunya saiz yang amat besar dengan ukuran 170.7 x 82.6 x 9mm. Jangan risau, kerana mereka membawakan sokongan baru yang bernama O-Touch, ianya membolehkan anda mengawal skrin paparan anda hanya dengan sentuh dibelakang peranti itu dan banyak lagi  mereka memberikan.  Salah satu yang menarik lagi adalah peranti O-Click, ianya adalah sebua keychain dan berfungsi untuk mencari peranti anda ataupun alat kawalan jauh untuk mengambil gambar dengan Oppo N1.

Untuk pengetahuan anda,  O-Click tidak dijual sekali dengan Oppo  N1. Ianya berharga dalam rangkuman rm 150-200.

O-Click-Oppo-N1-Key-Chain

Dari segi spesifikasi, ianya akan hadir dengan skrin bersaiz 5.9-inci paparan Full-HD OPS, pemproses quad-core qualcom  Snapdragon 600 dengan kelajuan 1.7GHz, memori simpanan dalaman 16GB ataupun 32GB, 2GB RAM, Android OS 4.2 Jelly Bean dan sertaan OS tersendiri, dan bateri berkapasiti sebanyak 3610mAh yang membolehkan ia hidup selama 2 hari dengan penggunaan sepenuhnya.

Harga yang telah ditetapkan untuk Malaysia adalah RM1798. Buat masa ini mereka masih lagi belum menetapkan tarikh dijual kerana mereka mempunyai banyak penjual yang hadir daripada seluruh negeri Malaysia. Oppo Malaysia ingin mencuba mencipta revolusi baru buat negara yang baru menbangkit. Negara-negara yang dapat memperolehi peranti ini adalah, Malaysia, Singapura, India, Indonesia dan Mexico antara negara eropah yang memiliki peranti ini. Untuk mendapatkan peranti ini anda juga boleh membeli secara online di laman web mereka Oppostyle.com

Dealers-1

Mereka juga berkata bahawa ini bukan sahaja peranti yang mereka akan melancarkan, namun mereka juga akan membawakan Oppo N1 versi Cynogenmod. Kemungkinan berita ini akan disampaikan pada minggu hadapan. Jadi sila ikuti bersama kami untuk berita terkini Oppo N1 Malaysia.

n1-4

n1-5

“UPDATE”

CEO kepada Oppo, Michael Fang mengatakan bahawa oppo akan menubuhkan service center di 9 bandar utama di malaysia termasuk kl, penang, jb, kuantan, & kota kinabalu.

Sila lihat video menarik tentang kamera Oppo N1 - [VIDEO] What you can do with Oppo N1 Camera To Get Her/Him Fall In Love

http://www.mobile88.com/news/feature/top-10-android-4-4-kitkat-features/ | christian small business loan | http://www.mobile88.com/news/feature/how-to-waze-speak-in-bahasa-malaysia/ | http://www.mobile88.com/news/international/the-sony-xperia-i1-honami-leaks-yet-again/