Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

OnePlus 6 kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia – dari RM 2,399

OnePlus 6 telah dilancarkan secara rasmi dan tempahan bagi telefon pintar ini kini telah dibuka di Malaysia melalui directd ( set Malaysia dengan warranti rasmi).

Melompat terus ke spesifikasi, OnePlus 6 hadir dengan skrin paparan AMOLED bersaiz 6.28-inci yang mempunyai resolusi 1080 x 2280. Ianya adalah skrin paparan AMOLED 19:9 yang menyokong sRGB dan DCI-P3.

OnePlus 6 juga memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 6GB atau 8GB RAM dan memori dalaman UFS 2.1 berkapasiti 64GB, 128GB atau 256GB.

OnePlus 6 ini memiliki kamera utama dwi-sensor yang dibekalkan oleh Sony, kedua-dua sensor ini mempunyai aperture yang sama iaitu f/1.7 namun ianya adalah unit yang berbeza iaitu sensor utama 16MP dan sensor telefoto 20MP.

Selain itu, OnePlus 6 juga memiliki kamera hadapan 16MP yang menawarkan fungsi kamera yang lebih menyeluruh khususnya dengan bantuan AI yang turut digunakan untuk pengecaman wajah.

OnePlus 6 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,300mAh dengan teknologi pengecasan pantas Dash Charge 5V/4A, pensijilan kalis air IP54 dan Bluetooth 5.0.

OnePlus 6 yang ditawarkan oleh directd hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam berkilau, hitam.

Berikut adalah harga OnePlus 6 mengikut kapasiti:

OnePlus 6 6GB+64GB – RM 2,399

OnePlus 6 8GB+128GB – RM 2,799

OnePlus 6 8GB+256GB – RM 3,099

tempah OnePlus 6 di sini

choice home loan | http://www.mobile88.com/news/auto-loans-military | http://www.mobile88.com/news/feature/samsung-galaxy-s4-rumour-round-up/ | http://www.mobile88.com/news/alliance-leicester-personal-loan
choice home loan | http://www.mobile88.com/news/auto-loans-military | http://www.mobile88.com/news/feature/samsung-galaxy-s4-rumour-round-up/ | http://www.mobile88.com/news/alliance-leicester-personal-loan choice home loan | http://www.mobile88.com/news/auto-loans-military | http://www.mobile88.com/news/feature/samsung-galaxy-s4-rumour-round-up/ | http://www.mobile88.com/news/alliance-leicester-personal-loan