Sponsored Advertisement

Nubia M2, M2 Lite dan N1 Lite kini dilancarkan di Malaysia – dari RM 599

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

nubia

Nubia secara rasminya telah mengumumkan kemasukan mereka ke pasaran telefon pintar tempatan dengan pelancaran 4 model Nubia sebentar tadi.

Nubia merupakan jenama telefon pintar yang dimiliki oleh ZTE dan merupakan syarikat yang berpangkalan di Shenzhen.

4 Model Nubia yang memasuki pasaran Malaysia adalah Nubia M2, M2 Lite, N1 Lite dan Z11 dengan harga penjualan dari RM 599 sehingga RM 1,899.

Nubia-M11-m88

Model paling premium iaitu Nubia Z11 merupakan telefon pintar utama Nubia dan ianya hadir dengan skrin paparan 5.5-inci, 6GB RAM, 64GB ROM, pemproses Snapdragon 820, bateri berkapasiti 3,000mAh dan slot dwi-SIM.

Nubia Z11 ini juga hadir dengan kamera utama 16MP yang memiliki pemfokusan PDAF dan OIS. kamera selfie Z11 adalah 8MP.

Nubia-m2-m88

Nubia M2 hadir dengan skrin paparan AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 625, Adreno 506, 4GB RAM, 64GB ROM dan bateri berkapasiti 3,360mAh.

Nubia M2 ini juga hadir dengan dwi-kamera 13MP yang dibekalkan oleh Sony dimana satu unit kamera mempunyai sensor RGB dan satu lagi merupakan sensor Monokrom. kamera ini juga hadir dengan teknologi NeoVision, 3D Camera dan juga Clone Camera.

Nubia-N2-Lite-m88
Kamera hadapan Nubia M2 adalah unit kamera 16MP ISCOELL yang mempunyai lensa lebar 80 darjah.
Beralih kepada Nubia M2 Lite pula, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek Helio P10, 4GB RAM , 32GB ROM, sensor caphari dibahagian belakang dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Nubia M2 Lite juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera hadapan adalah lensa 16MP.

Nubia-N2-Lite-m88
Model ketiga yang ingin diperkatakan adalah Nubia N1 Lite dan telefon pintar ini juga memiliki skrin paparan 720p berukuran 5.5-inci (267ppi), pemprose MediaTek 6737, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Nubia N1 Lite juga hadir dengan kamera utama 8MP manakala kamera selfie adalah 5MP dengan lensa lebar 84 darjah.

Nubia Z11 akan ditawarkan pada harga RM 1,899 manakala Nubia M2 pula akan hadir didalam warna emas hitam dan emas champagne pada harga penjualan RM 1,699 manakala M2 Lite juga akan ditawarkan didalam warna yang pada harga yang lebih murah iaitu RM 1,099. Nubia Z1 Lite pula akan hadir dengan harga penjualan RM 599 dan akan ditawarkan didalam warna hitam sahaja.

Kesemua telefon pintar Nubia boleh didapati melaluiĀ  wakil pengedar sah Nubia, Lazada Malaysia , 11street dan DirectD.

Nubia Malaysia juga sedang mengadakan roadshow di Plaza Low Yat mulai 19 Jun sehingga 25 Jun ini.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
cheap payday loan lenders | loan pre qualify | payday loans in california | help paying off payday loans
cheap payday loan lenders | loan pre qualify | payday loans in california | help paying off payday loans cheap payday loan lenders | loan pre qualify | payday loans in california | help paying off payday loans