Sponsored Advertisement

Nokia 8 kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 2,299

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

Nokia-8-official

HMD Global secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar utama Nokia 8 kini telah mula ditawarkan di pasaran tempatan dengan teknologi dwi-kamera dan hadir dengan harga penjualan yang berpatutan bagi telefon pintar premium.

Nokia 8 hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.3-inci yang dilapisi gelas keselamatan 2.5D dengan Gorilla Glass 5 dan Snapdragon 835.Nokia 8 juga hadir dengan kamera daripada Zeiss yang mana ianya adalah dwi-kamera 13MP dengan lensa warna dan monokrom (1.12µm piksel dan aperture f/2.0 ). Lensa kamera berwarna juga dilengkapi dengan optik pengstabilan imej, pemfokusan auto laser dan flash LED.

Kamera selfie Nokia 8 juga adalah 13MP yang sama seperti pada bahagian belakang dan telefon pintar ini juga hadir dengan teknologi rakaman secara langsung menggunakan kamera belakang dan hadapan secara serentak pada aplikasi YouTube dan Facebook.

nokia 8 malaysia

OZO yang merupakan bahagian yang bertanggungjawab membangunkan kamera Nokia juga telah berkerjasama membangunkan rakaman audio 360° bersama-sama video 4K.

Nokia 8 ini juga memiliki bateri berkapasiti 3090mAh, 4GB RAM, Android 7.1 Nougat dan 64GB memori simpanan dalaman.

Nokia juga telah memberikan pengesahan bahawa Nokia 8 akan menerima kemaskin Android Oreo tidak lama lagi.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/hebrew-free-loan-new-york | federal education loan consolidation | personal consolidation loan | http://www.mobile88.com/news/tempatan/maxis-malaysia-telefon-percuma-raya/
http://www.mobile88.com/news/hebrew-free-loan-new-york | federal education loan consolidation | personal consolidation loan | http://www.mobile88.com/news/tempatan/maxis-malaysia-telefon-percuma-raya/ http://www.mobile88.com/news/hebrew-free-loan-new-york | federal education loan consolidation | personal consolidation loan | http://www.mobile88.com/news/tempatan/maxis-malaysia-telefon-percuma-raya/