Sponsored Advertisement

Neffos N1 dengan teknologi dwi-kamera dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia

C64E56A2-54F8-4848-AE5C-226B2C2CDE8E

Syarikat pengeluar telefon pintar yang dimiliki oleh TP-Link, Neffos secara rasminya telah melancarkan Neffos N1 yang pernah membuat penampilan di IFA 2017.

F391D363-863D-4371-800D-3E539611A516

Neffos N1 memiliki skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memberikan kepadatan piksel 403ppi, pemproses Helio P25 yang dibekalkan oleh MediaTek, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan.

Beralih kepada kamera, Neffos N1 merupakan model pertama syarikat ini untuk hadir dengan kombinasi dwi-kamera dan Neffos N1 memiliki dua unit kamera 12MP iaitu sensor RGB Sony IMX386 dan satu sensor monokrom Sony IMX386 yang menawarkan fungsi potrait yang merupakan antara ciri yang mesti dimiliki pada telefon pintar.

6B863C13-598D-4834-9ED6-85194512EEF5

Selain itu, kamera selfie Neffos N1 adalah 8MP dengan lensa lebar 86 darjah dan mod kecantikan 10 tahap.

Neffos N1 juga memiliki bateri berkapasiti 3,260mAh, sokongan pengecasan pantas, USB-C, Android 7.1.1 dengan NFUI 7.0, sokongan dwi-SIM dan sensor capjari sepantas 0.2saat.

Neffos N1 akan ditawarkan didalam warna hitam dengan harga penjualan RM 1,099 mulai 16 Mac dan ianya akan memiliki jaminan waranti selama 24 bulan.

A138E58F-7D06-4B98-A7DB-B6CE9D2A9449

Selain itu, 30 pembeli pertama Neffos N1 boleh melalui Lazada Malaysia akan menerima hadiah ekslusif premium Neffos bernilai RM 299.

Klik di sini untuk melakukan pembelian melalui Lazada Malaysia

arlington payday loan | student loans and bankruptcy | bad credit loan lenders | loan rates compared
arlington payday loan | student loans and bankruptcy | bad credit loan lenders | loan rates compared arlington payday loan | student loans and bankruptcy | bad credit loan lenders | loan rates compared