Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Maxis melancarkan pelan #Hotlink-Internet Percuma Tanpa Had

maxis-malaysia-#hotlink-plan-internet-free

Syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia, Maxis semalam secara rasminya telah melancarkan pelan prabayar #Hotlink yang menawarkan internet asas berkelajuan 64Kbps secara percuma. Dengan pelancaran ini, Maxis menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia menawarkan kemudahan internet percuma tanpa sebarang kos tambahan.

Selain internet asas yang berkelajuan 64Kbps ini, pelan prabayar #Hotlink ini juga menawarkan kadar panggilan rata satu kadar rata sebanyak 12 sen bagi setiap 30 saat untuk panggilan suara dan 7 sen untuk SMS ke semua rangkaian. Bagi penggunaan yang memerlukan internet dengan kelajuan yang lebih tinggi, Maxis menawarkan kadar internet berkelajuan tinggi pada harga RM 1 sehari ( RM 30 sebulan bagi Internet 1GB).

Dengan internet asas percuma yang ditawarkan melalui pelan prabayar ini pengguna boleh menggunakan beberapa contoh aplikasi seperti Whatsapp, Line, WeChat, Facebook, Twitter serta laman web yang tidak data intensif.

Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, berkata, “Dalam persekitaran internet mudah alih hari ini, sambungan berterusan bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Dengan #Hotlink, pada asasnya kami menawarkan satu pengalaman dimana pelanggan ‘sentiasa terhubung’. Ia adalah satu pelan yang mudah dan fleksibel yang relevan kepada keperluan masyarakat prabayar kami.

Selain itu, pengguna pelan prabayar #hotlink ini juga akan menikmati Sehingga 8% kredit percuma sekali setiap 2 bulan berdasarkan tambah nilai terkumpul pelanggan dan Kadar IDD terendah dengan IDD132 ke 10 negara teratas. Top 5 Phablet Terbaik Di Malaysia

Untuk mendapatkan pelan baru #Hotlink yang dijual pada harga RM8.80 dengan pra-muat kredit sebanyak RM5 ini, pelanggan hanya perlu melawat Peniaga Hotlink terdekat atau Pusat Maxis. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf ke pelan baru #Hotlink perlu mendail *108*25 # dari telefon mudah alih mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #Hotlink, sila lawati http://www.hotlink.com.my

Read this news in English : Maxis launches its new #Hotlink prepaid plan

0 comments

Trackbacks

  1. [...] Maxis melancarkan pelan #Hotlink-Internet Percuma Tanpa Had [...]