Perbandingan Kamera Nokia Lumia 1520 Vs Galaxy Note 3

nokia-lumia-1520-vs-galaxy-note-3-camera-compare

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli telefon pintar baru dengan skrin paparan yang besar, Samsung Galaxy Note 3 dan Nokia Lumia 1520 layak berada didalam senarai pendek anda. Kedua-dua model ini hadir dengan spesifikasi yang terbaik dipasaran dan kami disini ingin memberikan anda perbandingan kamera dan kualiti gambar antara Galaxy Note 3 dan Nokia Lumia 1520.

Sebelum kita ke perbandingan ini, kami ingin memberikan anda sedikit sebanyak maklumat mengenai Galaxy Note dan Lumia 1520. Kedua-dua ini merupakan model phablet dengan Galaxy Note 3 hadir dengan skrin paparan 5.7-inci manakala Lumia 1520 hadir dengan skrin paparan 6.0-inci. Satu perbezaan ketara antara kedua-dua phablet ini adalah Lumia 1520 beroperasi menggunakan Windows Phone manakala Galaxy  Note 3 seperti anda sedia maklum menggunakan Android.

Dari segi kamera pula, Galaxy Note 3 hadir dengan kamera 13MP dengan autofokus dan lampu flash LED manakala kamera hadapan adalah 2MP.

Lumia 1520 pula hadir dengan kamera 20MP dengan autofokus, dual LED Flash, optik Carl Zeiss, optik pengstabilan imej dan disertakan teknologi Pure View. Kamera hadapan Lumia 1520 ini dalah 1.2MP. berikut adalah 3 gambar yang mambandingkan Lumia 1520 dengan Galaxy Note 3

lumia-1520-vs-Note-3-5*sila klik pada gambar untuk resolusi penuh

* Gambar bunga yang diambil melalui Nokia Lumia 1520 dilihat memberikan kualiti gambar yang lebih cantik dan penuh warna berbanding gambar yang diambil melalui Galaxy Note 3 yang dilihat pudar dan tidak bermaya.

lumia-1520-vs-Note-3-3*sila klik pada gambar untuk resolusi penuh

*adalah dapat dilihat disini kamera Lumia 1520 mempunyai imej yang lebih besar yang membolehkan anda mengambil gambar bangunan tinggi dengan lebih lengkap.

lumia-1520-vs-Note-3*sila klik pada gambar untuk resolusi penuh

*kualiti gambar yang diambil lebih dekat dilihat memihak kepada Galaxy Note 3

Kedua telefon pintar ini hadir dengan kamera yang baik namun yang manakah terbaik?, kami membandingkan beberapa gambar yang pasti memberikan anda lebih banyak petunjuk dan perbezaan antara Galaxy Note 3 vs Lumia 1520.

Gambar-gambar ini diambil dengan meletakkan Galaxy Note dan Lumia 1520 bersebelahan antara satu sama lain didalam keadaan luaran dan anda boleh melihat dengan jelas perbezaanya.

Bagi kami, kami sudah memutuskan kamera mana yang mampu memberikan kualiti gambar terbaik, namun kami ingin tahu pendapat anda.

Adakah anda merasakan Galaxy Note 3 atau Lumia 1520 memberikan anda prestasi kamera yang terbaik, berikan pandangan anda dibawah.

Artikle Menarik!!