Sponsored Advertisement

Huawei Nova 3e akan dilancarkan di Malaysia

Huawei Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar Nova 3e akan dilancarkan dipasaran tempatan didalam masa terdekat.

Huawei Nova 3e ini telah dilancarkan di pasaran China pada bulan Mac dan ianya turut ditawarkan sebagai Huawei P20 Lite di beberapa pasaran di Eropah.

Huawei Nova 3e ini memiliki skrin paparan FHD+ bersaiz 5.84-inci dengan resolusi 1080 x 2280.

Selain itu, Huawei Nova 3e ini juga memiliki pemproses Kirin 659, 4GB RAM, 64GB/128GB memori simpanan dalaman, kamera selfie 24MP ( resolusi kamera selfie ini berbeza dengan model P20 Lite di pasaran Eropah) dan kamera utama 16MP + 2MP.

Huawei Nova 3e ini juga akan memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari pada panel belakang, teknologi face unlock dan memiliki EMUI 8.0 yang berasaskan Android Oreo.

4FA3EA5D-773C-4135-A4F2-F53B8A39908E

Huawei Nova 3e ini hadir didalam dua kapasiti iaitu 4GB + 64GB dan 4GB + 128GB namun tidak dapat dipastikan versi mana yang akan ditawarkan di Malaysia.

loans with a savings account | tax refund loan online | study abroad loan
loans with a savings account | tax refund loan online | study abroad loan loans with a savings account | tax refund loan online | study abroad loan