Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Huawei Nova 3 dan Nova 3i kini di Malaysia

Huawei secara ramsinya telah melancarkan Nova 3 dan Nova 3i ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,899 dan RM 1,249.

Siri Nova adalah siri yang memfokuskan kepada penawaran teknologi selfie yang terbaik di pasaran namun Nova 3 dan Nova 3i adalah lebih dari itu.

Huawei Nova 3 dan Nova 3i hadir dengan skrin paparan LTPS 19:5:9 berukuran 6.3-inci iaitu dengan resolusi FHD+ 1080 x 2340 piksel ( 409ppi).

Bercakap mengenai Nova 3 terlebih dahulu, ianya hadir dengan pemproses Kirin 970, 6GB RAM , 128GB memori dalaman, bateri berkapasiti 3,750mAh dan EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Beralih kepada bahagian kamera pula, Huawei Nova 3 hadir dengan kamera utama 24MP (monokrom) + 16MP (RGB) yang memiliki aperture f/1.8 selain kamera hadapan 24MP fusion pixel + 2MP sensor lensa lebar.

Huawei Nova 3i pula hadir dengan pemproses Kirin 710, 4GB RAM, 128GB memori dalaman, bateri berkapasiti 3,340mAh dan EMUI 8.2 berasakan Android 8.1 Oreo.

Nova 3i pula hadir dengan tetapan dwi-kamera 16MP + 2MP pada bahagian belakang dan 24MP + 2MP dibahagian hadapan.

Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i juga hadir dengan sokongan AI bagi penggambaran yang lebih baik, GPU Turbo yang akan tiba melalui kemaksini khas pada 8 Ogos, slot dwi-SIM 4G LTE, pembesar suara Huawei Histen dan Bluetooth 4.2.

Huawei Nova 3 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 17 Ogos 2018 dengan harga penjualan RM 1,899 manakala Nova 3i akan mula ditawarkan lebih awal iaitu pada 28 Julai 2018.

Huawei akan mengadakan roadshow khas di IOI City Mall dan pembeli Nova 3i akan turut menerima headset Bluetooth bernilai RM 198 manakala 1,000 pembeli pertama akan menerima Huawei Band A2 dan kemeja Nerd Unit dengan nilai keseluruhan RM 368.

ct home loan | choice home loan | american equity loan | government student loan program | e loan bank
ct home loan | choice home loan | american equity loan | government student loan program | e loan bank ct home loan | choice home loan | american equity loan | government student loan program | e loan bank