Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Huawei Nova 3 akan mula dijual di Malaysia pada 11 Ogos ini

Huawei Malaysia telah mengesahkan bahawa Nova 3 akan mula ditawarkan di pasaran tempatan lebih awal iaitu pada 11 Ogos ini berbanding pengumuman ketika pelancaran.

Huawei sebelum ini mengumumkan bahawa Nova 3 akan ditawarkan di Malaysia pada 17 Ogos dengan harga penjualan RM 1,899.

Huawei Nova 3  hadir dengan skrin paparan LTPS 19:5:9 berukuran 6.3-inci iaitu dengan resolusi FHD+ 1080 x 2340 piksel ( 409ppi).

Huawei Nova 3 ini juga hadir dengan pemproses Kirin 970, 6GB RAM , 128GB memori dalaman, bateri berkapasiti 3,750mAh dan EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Beralih kepada bahagian kamera pula, Huawei Nova 3 hadir dengan kamera utama 24MP (monokrom) + 16MP (RGB) yang memiliki aperture f/1.8 selain kamera hadapan 24MP fusion pixel + 2MP sensor lensa lebar.

Huawei Nova 3 juga hadir dengan sokongan AI bagi penggambaran yang lebih baik, GPU Turbo yang akan tiba melalui kemaksini khas pada 8 Ogos, slot dwi-SIM 4G LTE, pembesar suara Huawei Histen dan Bluetooth 4.2.

Dengan pelancaran lebih awal, Huawei Nova 3 sudah pastinya akan mendapt sambutan yang menggalakan dan ianya turut akan ditawarkan didalam warna merah.

Penjualan ini akan diadakan di Huawei Store Pavillion Elite mulai jam 10 pagi pada 11 Ogos ini dan anda berpeluang memenangi banyak hadiah percuma.

http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/lg-g-pro-2-phablet-galaxy-note-3-malaysia-specs/ | http://www.mobile88.com/news/author/joedev/ | how do i get a loan from a bank | http://www.mobile88.com/news/secured-payday-loans | kentucky mortgage loan
http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/lg-g-pro-2-phablet-galaxy-note-3-malaysia-specs/ | http://www.mobile88.com/news/author/joedev/ | how do i get a loan from a bank | http://www.mobile88.com/news/secured-payday-loans | kentucky mortgage loan http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/lg-g-pro-2-phablet-galaxy-note-3-malaysia-specs/ | http://www.mobile88.com/news/author/joedev/ | how do i get a loan from a bank | http://www.mobile88.com/news/secured-payday-loans | kentucky mortgage loan