Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Huawei MediaPad M5 dan M5 Pro kini di Malaysia

Huawei Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan tablet MediaPad M5 dan M5 Pro ke pasaran tempatan.

Huawei MediaPad M5 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD 2K berukuran 8.4-inci manakala Huawei MediaPad M5 Pro pula hadir dengan skrin paparan berukuran 10-inci dengan resolusi yang sama (2560 x 1600).

Selain itu, tablet yang memfokuskan kepada permainan video dan multimedia ini hadir dengan pemproses Kirin 960, 4GB RAM, 32GB/64GB memori simpanan dalaman dan Huawei M-PEan (untuk MediaPad M5 Pro).

Huawei MediaPad M5 8.4 hadir dengan bateri berkapasiti 5,100mAh manakala MediaPad M5 Pro memiliki 7,500mAh. Kedua-dua model ini hadir dengan sokongan pengecasan pantas Huawei Quick Charge.

Selain itu, MediaPad M5 8.4 dan MediaPad M5 Pro memiliki kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP, pembesar suara stereo Harmon Kardon dan sokongan 4G LTE.

Huawei MediaPad M5 8.4” akan ditawarkan di Malaysia mulai 13 Julai pada harga penjualan RM 1,499 manakala MediaPad M5 Pro pula akan hadir dengan harga penjualan RM 1,899 namun penjualan hanya akan bermula pada 25 Julai.

2,000 pembeli terawal Huawei MediaPad M5 8.4” akan menerima gamepad khas secara percuma manakala MediaPad M5 Pro pula akan menerima flip cover.

nationwide business loan | small busines loans | http://www.mobile88.com/news/where-can-i-apply-for-a-loan-with-bad-credit | http://www.mobile88.com/news/student-loans-citi | debt personal loan
nationwide business loan | small busines loans | http://www.mobile88.com/news/where-can-i-apply-for-a-loan-with-bad-credit | http://www.mobile88.com/news/student-loans-citi | debt personal loan nationwide business loan | small busines loans | http://www.mobile88.com/news/where-can-i-apply-for-a-loan-with-bad-credit | http://www.mobile88.com/news/student-loans-citi | debt personal loan