Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Honor 8X dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 949

Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Honor 8X ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 949 sahaja.

Honor 8X ini hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 6.5-inci yang mempunyai nisbah screen-to-body 91%, pemproses Kirin 710 dengan AI, 4GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh.

Honor 8X juga akan hadir dengan teknologi dwi-kamera AI dibahagian belakang iaitu kombinasi 20MP + 2MP selain kamera selfie 16MP yang turut hadir dengan bantuan AI.

Honor 8X juga akan mempunyai slot tri-SIM yang mana anda boleh menggunakan dua SIM dan satu kad memori microSD secara serentak.

Honor 8X akan mula ditawarkan di hihonor.com dan Shopee pada 12 Oktober ini dengan harga penjualan RM 949 dan setiap pembelian Honor 8X akan turut menerima Honor Band 3 bernilai RM 119 dan beberapa hadiah eksklusif secara percuma.

Honor akan turut mengadakan Roadshow Honor 8X di tiga pusat membeli belah terkemuka di Malaysia iaitu MyTown Shopping Centre Kuala Lumpur, Prangin Mall Pulau Pinang dan AEON Bukit Indah, Johor Baharu ( pada 13 dan 14 Oktober 2018 dan pembeli akan menikmati promosi yang sama seperti pembeli terawal pada 12 Oktober dengan tambahan satu beg galas Honor).

Honor 8X akan ditawarkan didalam warna hitam atau biru

http://www.mobile88.com/news/local/android-4-3-jelly-bean-samsung-galaxy-s4-malaysia-handphone-release-date-price/ | http://www.mobile88.com/news/feature/ios-7-vs-android-4-4-kitkat/ | http://www.mobile88.com/news/title-loan-store
http://www.mobile88.com/news/local/android-4-3-jelly-bean-samsung-galaxy-s4-malaysia-handphone-release-date-price/ | http://www.mobile88.com/news/feature/ios-7-vs-android-4-4-kitkat/ | http://www.mobile88.com/news/title-loan-store http://www.mobile88.com/news/local/android-4-3-jelly-bean-samsung-galaxy-s4-malaysia-handphone-release-date-price/ | http://www.mobile88.com/news/feature/ios-7-vs-android-4-4-kitkat/ | http://www.mobile88.com/news/title-loan-store