Sponsored Advertisement

Honor 7x akan tiba di Malaysia pada 12 Disember

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

DCEA75AD-B979-4996-8AC8-13F42D4B6382

Honor Malaysia telah menghantar satu e-mel kepada kami untuk mengesahkan bahawa satu majlis pelancaran telefon pintar Honor akan diadakan pada 12 Disember.

Walaupun tidak memberikan sebarang maklumat mengenai model apa yang akan dilancarkan ke pasaran Malaysia, gambar poster yang dihantar sedikit sebanyak memberikan kita petunjuk bahawa Honor 7x adalah model yang akan ditawarkan di pasaran tempatan mulai Disember ini.

Honor 7x adalah telefon pintar yang memiliki skrin paparan FHD+ berukuran 5.93-inci, pemproses Kirin 659, 4GB RAM selain tiga kapasiti ROM iaitu 32GB/64GB dan 128GB.

Bercakap mengenai kamera, Honor 7x memiliki teknologi dwi kamera 16MP+2MP pada bahagian belakang manakala kamera hadapan adalah unit 8MP.

Honor 7x sebelum ini telah dilancarkan di pasaran China dan pasaran Malaysia mungkin pasaran pertama antarabangsa untuk menerima model ini.

Honor 7x dijangka akan mempunyai harga penjualan dari RM 900 – RM 1,300 bergantung kepada kapasiti ROM yang ditawarkan di Malaysia.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/interest-land-loan-only | 750 cash loan | http://www.mobile88.com/news/international/jellybean-dominate-android-adoption/ | http://www.mobile88.com/news/local/digi-samsung-galaxy-note-3-preorder/
http://www.mobile88.com/news/interest-land-loan-only | 750 cash loan | http://www.mobile88.com/news/international/jellybean-dominate-android-adoption/ | http://www.mobile88.com/news/local/digi-samsung-galaxy-note-3-preorder/ http://www.mobile88.com/news/interest-land-loan-only | 750 cash loan | http://www.mobile88.com/news/international/jellybean-dominate-android-adoption/ | http://www.mobile88.com/news/local/digi-samsung-galaxy-note-3-preorder/