Sponsored Advertisement

Honor 7x akan ditawarkan pada harga RM 998 sahaja mulai 8 Februari

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

honor Fansgiving_2(1)

Pada bulan Disember tahun lalu, Honor Malaysia telah melancarkan telefon pintar Fullview pertama mereka ke pasaran Malaysia iaitu Honor 7x dengan harga penjualan RM 1,099.

Honor 7x adalah telefon pintar yang memiliki skrin paparan FHD+ berukuran 5.93-inci, pemproses Kirin 659, 4GB RAM selain memori simpanan dalaman 64GB.

Bercakap mengenai kamera, Honor 7x memiliki teknologi dwi kamera 16MP+2MP pada bahagian belakang manakala kamera hadapan adalah unit 8MP.

Honor 7x juga hadir dengan EMUI 5.1 yang lebih licin ( berasaskan Android Nougat), bateri berkapasiti 3,340mAh dan tidak lupa juga slot microSD.

honor_Fansgiving

Ketika pelancaran, Honor 7x telah mengumumkan satu kempen khas penjualan ‘Fansgiving’ yang mana Honor 7x ditawarkan pada harga RM 998 sahaja dan jika anda terlepas peluang membeli Honor 7x pada harga ini, anda kini mempunyai satu lagi peluang mulai esok sehingga 11 Februari.

Melalui kempen Honor CNY Fansgiving, anda boleh memiliki Honor 7x pada harga RM 998 manakala Honor 6A pula boleh dimiliki pada harga RM 666 sahaja ( percuma honor foldable bag).

Pembelian boleh dilakukan di vmall malaysia, lazada Malaysia, Shopeee dan juga 11street

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
small buisness loans for women | instant loans for bad credit | secured loan on car
small buisness loans for women | instant loans for bad credit | secured loan on car small buisness loans for women | instant loans for bad credit | secured loan on car