Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Blackberry Key2 telah dilancarkan di Malaysia pada harga RM 2,599

Blackberry Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Key2 ke pasaran tempatan.

BlackBerry Key2 adalah telefon pintar pertama syarikat ini untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera.

BlackBerry Key 2 hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 4.5-inci (1620 x 1080), pemproses Snapdragon 660, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,500mAh yang dikatakan mampu bertahan selama dua hari ( dengan QC 3.0).

Kamera utama Blackberry Key2 ini adalah unit 12MP + 12MP dengan f/1.8 pada sensor utama dan f/2.6 pada sensor kedua manakala kamera selfie adalah unit 8MP yang turut memiliki skrin flash.

Bercakap mengenai bahagian kamera, BlackBerry Key2 hadir dengan tetapan dwi-kamera 12MP+ 12MP manakala kamera selfie adalah unit kamera 8MP.

BlackBerry Key2 juga hadir dengan Android 8.1 Oreo, papan kekunci fizikal QWERTY, sensor capjari dan slot microSD.

BlackBerry Key2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 2,599 dan penjualan akan bermula pada 12 Julai ini di Shopee dan juga melalui Brightstar Distribution.

Lebih istimewa, BlackBerry Key2 ini boleh dimiliki pada harga istimewa RM 2,449 sempena ‘shocking sale’ Shopee pada 12 Julai ini ( mulai jam 9 pagi) dan anda juga akan menerima headset Bluetooth bernilai RM 109 secara percuma.

get a cash loan | savings secured loans | http://www.mobile88.com/news/short-payday-loans
get a cash loan | savings secured loans | http://www.mobile88.com/news/short-payday-loans get a cash loan | savings secured loans | http://www.mobile88.com/news/short-payday-loans