Sponsored Advertisement

Asus FonePad Note 6 boleh kini didapati Di Malaysia

ASUS-FonePad-Note-6

ASUS FonePad Note 6

Jika anda ingin mencari telefon pintar yang bersiaz besar? Kini ASUS menawarkan satu lagi pilihan untuk anda beli, ASUS FonePad Note 6. Ianya boleh didapati di Malaysia sekarang.

Baru-baru ini Samsung juga telah melancarkan SamsungĀ  Galaxy Note 10.1 versi 2014. Yyang mempunyai 10.1-inci skrin paparan, quad-core 2.3GHz Krait 400 (model LTE).

Seperti peranti Samsung juga, nama peranti ASUS ini telah diberi FonePad 6 dan ianya mempunyai skrin 6-inci 1090p Super IPS+ paparan. Kebanyakan didalam pasaran telefon pintar menggunakan pemproses Snapdragon, namun FonePad 6 dikuasai oleh pemproses Intel Atom Z2580 dual-core 2GHz.

Selain dari itu, FonePad Note 6 ini dilengkapi dengan 2GB RAM dan memori simpanan dalaman 16GB, microSD boleh ditambah kepada 64GB. Pada bahagian kamera pula ianya mempunyai kamera belakang 8-megapiksel dan kamera depan 1.2-megapiksel. Peranti ini juga mempunyai stylus. dua speaker dengan ASUS SonicMaster audio enchancement dan juga bateri berkapasiti 3200mAh.

ASUS-FonePad-7

ASUS FonePad 7

Dengan pengumuman FonePad Note 6, ASUS juga telah mengumumkan versi FonePad 7.

Asus FonePad 7 ini mempunyai skrin paparan 7-inci 1280×800 IPS LCD, pemproses Atom Z2560 dual core 1.6GHz dan 8GB memori simpanan dalaman, microSD boleh ditambah kepada 32GB. FonePad 7 juga mempunyai dua stereo speaker, kamera belakang 5-megapiksel manakala kamera depan 1.2-megapiksel. Walaupun ianya mempunyai megapiksel yang rendah namun ianya boleh merakam video pada Full HD. Disamping itu ianya dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3950mAh, ASUS mengatakan bahawa ianya boleh digunakan sebaik untuk 10-jam.

ASUS FonePad Note 6 akan dijual pada harga RM1399 manakala ASUS FonePAD 7 8GB dijual pada harga RM749. Kedua-dua peranti ini telah mula dijual pada hari ini.

lending tree personal loan | ez unsecured loans | cash advance payday loan advance | easy to get personal loans
lending tree personal loan | ez unsecured loans | cash advance payday loan advance | easy to get personal loans lending tree personal loan | ez unsecured loans | cash advance payday loan advance | easy to get personal loans