Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Tempahan Galaxy Note10 dan Note10+ kini dibuka pada harga dari RM 3,699

Seperti disahkan sebelum ini, Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy Note10 dan Galaxy Note+ awal pagi tadi.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pasaran Malaysia sentiasa diberi keutamaan dan sehubungan dengan itu, Samsung telah mengumumkan pakej pra-tempahan dan harga penjualan di Malaysia.

Pra-tempahan Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ kini telah dibuka iaitu sehingga 18 Ogos 2019 atau sehingga stok masih ada.

Samsung Galaxy Note10 akan hadir dengan harga penjualan RM 3,699 iaitu bagi kapasiti 256GB dan terdapat tiga pilihan warna iaitu merah jambu, hitam dan glow – perak.

Bagi yang membuat pra-tempahan untuk Galaxy Note10, anda akan menerima hadiah bernilai RM 1,058 iaitu satu unit Galaxy Buds, Samsung Protection Plus ( tambahan waranti selama setahun dan 1 kali gantian skrin) dan pek bateri ‘wireless’.

Beralih kepada Galaxy Note10+ pula, ianya ditawarkan pada harga RM 4,199 bagi versi 256GB dan RM 4,799 bagi versi 512GB.

Pra-tempahan bagi Galaxy Note10+ pula menawarkan anda hadiah bernilai RM 1,159 iaitu naik taraf percuma ke versi 512GB, Samsung Protection Plus ( tambahan waranti selama setahun dan 1 kali gantian skrin) dan pek bateri ‘wireless’.

Pra-tempahan yang dibuat akan dihantar mulai 22 Ogos 2019.

Pra-tempah sekarang di https://note10preorder.mysamsungcampaign.com/preorder.aspx

student loan payment assistance | payday loan today | payday loans cash advance
student loan payment assistance | payday loan today | payday loans cash advance student loan payment assistance | payday loan today | payday loans cash advance