Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

telefon pintar global Xiaomi Mi 4i kini di Malaysia – RM 749

xiaomi-mi-4i-malaysia-launch-price-harga-2
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar global pertama mereka iaitu Mi 4i ke pasaran tempatan. Sebagai rekod, Xiaomi Mi 4i dilancarkan secara rasmi di India pada 23 April lalu dan setakat ini telah memasuki pasaran Singapura, Hong Kong dan India.

Malaysia adalah negara keempat menerima telefon pintar global Xiaomi ini dan penjualan model ini akan bermula pada 28 Mei 2015 tepat pukul 12.00 tengahari di www.mi.com/my serentak dengan penjualan khas sempena ulang tahun pertama mi.com dengan aksesori akan ditawarkan dengan diskaun sehingga 90%.

xiaomi-mi-4i-malaysia-launch-price-harga-1

Selain itu, Xiaomi Mi 4i juga akan ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi utama negara seawal bulan hadapan.

Xiaomi Mi4i hadir dengan skrin paparan Sharp JDI 1080p berukuran 5.0- inci(441ppi) , pemproses Snapdragon 64-bit 615, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan dwi-SIM 4G LTE.

Sponsored

skrin paparan yang dimiliki telefon pintar global Xiaomi ini, ianya adalah skrin paparan HD penuh OGS IPS yang menawarkan kepadatan piksel 441ppi. Panel skrin paparan ini turut dilengkapi dengan teknologi ‘Sunlight Display’ yang membantu mengimbangi kecerahan skrin dibawah cahaya Matahari.

xiaomi-mi-4i-malaysia-launch-price-harga-7

Selain itu Xiaomi Mi 4i juga akan dilengkapi dengan bateri 3,120mAh dengan teknologi pengecasan ‘Quick Charge’ yang mampu mengecas bateri sehingga 40% dalam masa satu jam. Mi 4i juga dilengkapi dengan kamera utama 13MP dan kamera selfie 5MP.

Xiaomi Mi 4i akan mempunyai harga penjualan RM 749 dan hanya akan ditawarkan didalam warna putih.

http://www.mobile88.com/news/international/now-intel-is-looking-to-produce-a-smartwatch-as-well/ | http://www.mobile88.com/news/international/wwdc-apple-intros-new-macbook-air-lineup-with-all-day-battery-life-prices-starts-at-us-999/ | http://www.mobile88.com/news/feature/apple-iphone-5s-5c-queues-handphone-release-date-local-malaysia/
http://www.mobile88.com/news/international/now-intel-is-looking-to-produce-a-smartwatch-as-well/ | http://www.mobile88.com/news/international/wwdc-apple-intros-new-macbook-air-lineup-with-all-day-battery-life-prices-starts-at-us-999/ | http://www.mobile88.com/news/feature/apple-iphone-5s-5c-queues-handphone-release-date-local-malaysia/ http://www.mobile88.com/news/international/now-intel-is-looking-to-produce-a-smartwatch-as-well/ | http://www.mobile88.com/news/international/wwdc-apple-intros-new-macbook-air-lineup-with-all-day-battery-life-prices-starts-at-us-999/ | http://www.mobile88.com/news/feature/apple-iphone-5s-5c-queues-handphone-release-date-local-malaysia/