Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Sony Xperia Z3 dilancarkan di IFA 2014 bulan hadapan – RM 2399

xperia-z3-malaysia

Sony yang sebelum ini pernah mengesahkan bahawa syarikat berpangkalan di Jepun ini akan melancarkan dua telefon pintar utama setiap tahun bakal melancarkan pengganti kepada Xperia Z2 bulan hadapan.

Sony Xperia Z3 dijangka secara asasnya akan mewarisi hampir kesemua yang dimiliki oleh Z2. Xperia Z3 akan mempunyai skrin paparan berukuran 5.2-inci namun dengan profil yang lebih kecil(tiada skrin paparan QHD). Xperia Z3 akan mempunyai ukuran dimensi 146.5 x 72.4 x 7.4 mm berbanding Xperia Z2 yang mempunyai ukuran dimensi 146.8 x 73.3 x 8.2 mm. berat keseluruhan model ini juga sedikit kurang iaitu 158gram berbanding Z2 yang mempunyai berat 163 gram.

Dari segi dalaman, Xperia Z3 akan hadir dengan pemproses Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz manakala RAM telefon pintar ini kekal pada 3GB.

xperia-z3-concept-malaysiamodel konsep Xperia z3

Unit kamera Xperia Z3 juga kekal seperti pada Z2 iaitu kamera Exmor RS 20.7MP manakala kamera hadapan adalah 2MP manakala memori simpanan dalaman model ini adalah 16GB dan terdapat slot kad memori microSD.

Selain itu, masih menjadi tanda tanya samada Xperia Z3 akan mendapat tahap pensijilan kalis dan habuk yang lebih tinggi iaitu IP68 seperti Xperia M2 Aqua yang kini memegang gelaran telefon pintar kalis dan habuk terbaik didunia.

Sony Xperia Z3 dijangka akan mengekalkan harga penjualan RM 2399 dan mungkin memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober.

Sony Xperia  Z3 Compact dilancarkan di IFA, September ini

Pandangan Pertama : Sony Xperia Z2 Malaysia – RM 2399

Samsung Galaxy S5 vs Xperia Z2 – mana lebih baik?

 

bad loans for sale | http://www.mobile88.com/news/local/digi-celcom-unveil-samsung-galaxy-note-3-plans-free-galaxy-gear-smartwatch-price-release-date/ | where can i take out a loan
bad loans for sale | http://www.mobile88.com/news/local/digi-celcom-unveil-samsung-galaxy-note-3-plans-free-galaxy-gear-smartwatch-price-release-date/ | where can i take out a loan bad loans for sale | http://www.mobile88.com/news/local/digi-celcom-unveil-samsung-galaxy-note-3-plans-free-galaxy-gear-smartwatch-price-release-date/ | where can i take out a loan