Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Sistem pengaplikasi gelas pelindung skrin Belkin menjanjikan pemasangan yang 100% sempurna

Belkin secara rasminya telah memperkenalkan teknologi pengaplikasi pelindung skrin menggunakan mesin yang mempunyai tahap ketepatan yang tidak dapat ditandingi oleh manusia.

Teknologi TrueClear Pro Advanced Screen Care 2.0 daripada Belkin kini ditawarkan bagi hampir kesemua model iPhone termasuk model yang terkini iaitu iPhone XR, iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Rasa ngeri yang biasa kita akan alami apabila melekatkan filem atau gelas pelindung telefon pintar adalah risiko habuk atau gelembung udara yang mencacatkan aplikasi skrin.

Jika ini berlaku, anda tidak mempunyai pilihan lain  untuk menanggalkan semula filem ini sebelum melakukan semula pemasangan dan terdapat juga risiko filem atau gelas tersebut rosak ketika proses penanggalan semula.

Teknologi aplikasi filem atau gelas pelindung skrin menggunakan mesin daripada Belkin hadir untuk menyingkirkan risiko dan kerumitan seperti diatas.

TrueClear Protection 2.0 ini diselia oleh pakar skrin yang sangat terlatih sekaligus menjanjikan aplikasi skrin yang mempunyai 100% ketepatan dan bebas habuk ataupun gelembung udara. 

Menyentuh sedikit mengenai teknologi TrueClear Pro ini, ianya adalah sistem pengaplikasi skrin yang telah dipaten dan memenangi anugerah inovasi CES.

Pemasangan gelas pelindung skrin Belkin TrueClear Pro 2.0 ini ditawarkan secara percuma bagi pembelian mana-mana gelas pelindung skrin Belkin yang berprestasi tinggi.

Di atas keyakinan yang tinggi terhadap sistem aplikasi skrin TrueClear Pro 2.0 ini, Belkin turut menawarkan jaminan waranti terhad selama 24-bulan. 

Pengguna telefon pintar yang ingin melihat sendiri kehebatan teknologi Belkin TCP 2.0 ini boleh membuatnya di stor Machine seperti berikut :

Machines – Suria KLCC

Machines – Sunway Pyramid

Machines – Mid Valley

Machines – The Gardens

Machines – IOI City Mall

Machines – Pavilion Elite

Harga penjualan gelas pelindung skrin paparan Belkin adalah seperti berikut :

● Tempered Glass for iPhone XS Max/XS/XR/X/8 Plus/8/7 Plus/7/6: RM 99

● InvisiGlass Ultra bagi iPhone XS Max/XS/XR/X/8 Plus/8/7 Plus/7/6: RM 145

● Tempered Curve bagi iPhone XS Max/XS/XR/X/8 Plus/8/7 Plus/7/6: RM 165

payday loan debt assistance reviews | http://www.mobile88.com/news/e-loan-bank | http://www.mobile88.com/news/home-improvement-loans-minneapolis
payday loan debt assistance reviews | http://www.mobile88.com/news/e-loan-bank | http://www.mobile88.com/news/home-improvement-loans-minneapolis payday loan debt assistance reviews | http://www.mobile88.com/news/e-loan-bank | http://www.mobile88.com/news/home-improvement-loans-minneapolis