Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Siri OnePlus 7 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Mei ini

OnePlus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar OnePlus 7 akan memasuki pasaran tempatan pada 21 Mei ini.

OnePlus dijangka akan memperkenalkan OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro ke pasaran Malaysia dan kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan pemproses Snapdragon 855.

OnePlus 7 Pro adalah model yang lebih premium di antara dua model ini dan ianya turut hadir dengan skrin paparan 90Hz Fluid AMOLED, sehingga 12GB RAM dan memori simpanan dalaman 128GB/256GB dengan jenis UFS 3.0.

OnePlus 7 pula adalah model yang lebih murah dan ianya akan hadir dengan skrin paparan Optic AMOLED, sehingga 8GB RAM dan memori dalaman 128GB/256GB dengan jenis UFS 3.0.

Maklumat penuh spesifikasi telefon pintar ini akan dedahkan selepas selesai majlis pelancaran Siri OnePlus 7 di Malaysia pada 21 Mei ini.

i need a personal loan now | loan on settlement | best auto loan interest rate
i need a personal loan now | loan on settlement | best auto loan interest rate i need a personal loan now | loan on settlement | best auto loan interest rate