Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy S9 mampu beroperasi selama sehari setengah tanpa pengecasan

Samsung-Galaxy-S9

Seorang pengguna Reddit yang mendakwa telah menggunakan model Samsung Galaxy S9 yang merupakan unit pra-produksi.

Beliau telah membuka satu ruang menjawab soalan AMA (Ask Me Anyting) berkaitan telefon pintar ini.

Pengguna Reddit ini berkata beliau telah diberikan masa 20 minit untuk menggunakan Galaxy S9 dan beliau mendakwa S9 mempunyai reka bentuk yang sama seperti Galaxy S8 dengan skrin 18:5:9 manakala sensor capjari kini diletakkan dibawah kamera dan bukanya bersebelahan kamera.

Beliau juga berkata bahawa jangka hayat bateri pada S9 mampu bertahan sehingga satu setengah hari dengan satu pengecasan penuh dan S9 akan hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh manakala S9 Plus akan memiliki bateri berkapasiti 3,500mAh.

AMA pengguna Reddit ini juga berkata bahawa Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan hadir dengan pembesar suara stereo yang meningkatkan kelantangan suara berbanding Galaxy S8 dan S8+.

Kamera Galaxy S9 dan Galaxy S9+ yang dikatakan antara tarikan utama akan turut hadir dengan sokongan rakaman video 4K pada kadar fps yang lebih tinggi dan tidak lupa juga Samsung 3D Emoji yang dikatakan tidak setaraf Apple Animoji namun masih ada aspek yang ianya lebih baik dari tawaran Apple.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Februari ini dan anda boleh menonton majlis pelancaran rasmi Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dilaman sesawang Samsung Malaysia.

http://www.mobile88.com/news/abd-credit-loan | direct payday loan | http://www.mobile88.com/news/loans-for-5000-with-bad-credit | merchant services loans
http://www.mobile88.com/news/abd-credit-loan | direct payday loan | http://www.mobile88.com/news/loans-for-5000-with-bad-credit | merchant services loans http://www.mobile88.com/news/abd-credit-loan | direct payday loan | http://www.mobile88.com/news/loans-for-5000-with-bad-credit | merchant services loans