Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge telah dilancarkan secara rasmi

samsung-galaxy-s6-s6-edge-mwc-malaysia-price-harga

Majlis Samsung Unpacked event yang berlansung serentak dengan MWC adalah medan Samsung untuk memperkenalkan generasi terbaru telefon pintar Galaxy S mereka dan dengan kejayaan telefon pintar Note Edge dipasaran, Galaxy S6 juga mendapat satu ‘teman’ dibawah nama Galaxy S6 Edge.

Jika anda mengikuti perkembangan kedua-dua versi Samsung Galaxy S6, anda pasti sedar bahawa hampir setiap aspek telefon pintar ini di laporkan dan kini kesemua perkara itu kini telah disahkan dengan pelancaranya awal pagi tadi.

samsung-galaxy-s6-malaysia

Samsung Galaxy S6 adalah telefon pintar yang boleh dikatakan hadir selepas mengambil kira semua kelemahan yang ada pada generasi telefon pintar Galaxy S yang dilancarkan sebelum ini.

Samsung Galaxy S6 yang hadir dengan reka bentuk dwi-gelas dengan rangka aluminium dilihat sebagai telefon pintar Samsung yang paling elegan dan berada didalam kelas yang tersendiri.

samsung-galaxy-s6-design-malaysia

Beralih kepada kekuatan dalaman, Samsung Galaxy S6 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Quad HD berukuran 5.1-inci dengan kepadatan piksel bagi skrin ini berada pada kadar menankjubkan iaitu 577ppi dan tidak ketinggalan gelas perlindungan Gorilla Glass 4 keluaran Corning.

Selain itu, butang ‘home’ telefon pintar ini mempunyai tugas sebagai sensor pengesan cap jari dan menyokong servis Samsung Pay.

Pelancaran Samsung Pay boleh dikatakan sebagai pencabar kepada Apple Pay dan ciri pembayaran elektronik ini berfungsi dengan menggunakan NFC dan ‘Magnetic Secure Transmission’ (MST). Samsung Pay telah pun mendapat pengiktirafan daripada Visa,Master Card dan Samsung akan berkejasama dengan lebih banyak syarikat kewangan utama seluruh dunia.

samsung-galaxy-s6-edge-malaysia

Beralih kepada satu lagi versi Galaxy S6 iaitu S6 Edge namun tidak seperti Note Edge, S6 Edge mmepunyai gelas pada kedua-dua sisi namun lekukan pada telefon pintar ini tidak begitu ketara berbanding Note Edge.

S6 Edge juga mempunyai skrin paparan Super AMOLED 5.1 dengan resolusi 2,560 x 1,440 piksel dan mempunyai gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4.

samsung-galaxy-s6-edge-malaysia-1

Seperti yang kami pernah laporkan, Samsung membuat keputusan untuk tidak menggunakan pemproses Snapdragon 810 daripada Qualcomm kerana pemproses itu dihantui masalah kepanasan melampau. Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge hadir dengan pemproses Exynos 7420 dan mempunyai ciri pengunaan tenaga yang lebih efisen dan mengeluarkan haba yang lebih rendah berbanding Snapdragon 810.

Selain itu, kedua-dua versi Galaxy S ini juga hadir dengan 3GB RAM LPDDR4 yang merupakan generasi baru RAM dan telah digunakan pertama kali pada LG G Flex2 dan dijangka akan digunakan oleh hampir semua telefon pintar utama bagi tahun ini.

samsung-galaxy-s6-colour

S6 dan S6 Edge juga hadir dengan kamera 16MP yang mempunyai sensor ISOCELL yang baru selain ciri optik pengstabilan imej, fokus auto, satu flash LED dan rakaman video 4K. kamera hadapan kedua-dua peranti ini adalah 5MP yang mampu merakam video 1080p.

Sesuatu yang baru bagi telefon pintar siri Galaxy S adalah, kedua-dua Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge tidak mempunyai slot microSD dan ianya hadir didalam tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 64GB dan 128GB namun Samsung mendakwa memori simpanan dalaman ini adalah 2.7 kali lebih pantas beranding kad eMMC 5.0 yang digunakan pada generasi sebelum ini.

Ciri lain kedua-dua Galaxy S6 ini adalah LTE Cat.6, Wi-Fi ac, Bluetooth 4.1, NFC, GPS dengan GLONASS dan Beidou, IR blaster dan radio FM. Bateri Samsung Galaxy S6 adalah 2,550mah manakala S6 Edge mempunyai bateri yang sedikit besar iaitu 2,600mAh.

samsung-galaxy-s6-edge-wireless-charging-malaysia

Samsung juga menyertakan ciri pengecasan tanpa wayar pada Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge. Kedua-dua peranti ini juga boleh digunakan dengan mana-mana pad pengecasan tanpa wayar dipasaran yang menyokong WPC dan PMA (Qi dan PowerMat) namun Samsung juga akan melancarkan pada pengecasan mereka yang tersendiri.

Spesifikasi terakhir yang kami ingin sentuh adalah mengenai sistem operasi, kedua-dua model ini hadir dengan Android 5.0 Lollipop dengan UI TouchWiz yang berasakan reka bentuk ‘material design’selain beberapa ciri dan fungsi baru bagi versi Galaxy S6 Edge.

Ukuran dimensi Samsung Galaxy S6 adalah – 143.4 x 70.5 x 6.8mm dengan berat 138g manakala bagi S6 Edge, ukuran dimensinya adalah 142.1 x 70.1 x 7.0mm dengan 132g

Jika sebelum ini penawaran simpanan ‘Cloud’ pada telefon pintar Samsung ditawarkan oleh Dropbox, Samsung kini berkerjasama dengan Microsoft yang menawarkan 115GB ruang simpanan OneDrive secara percuma bagi 2 tahun.

Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge akan dilancarkan di 20 negara pada 10 April ini sebelum ke lebih banyak pasaran pada bulan Mei dan sebab utama kelewatan ini mungkin disebabkan peralihan cip pemproses.

Samsung Galaxy S6 akan ditawarkan didalam warna putih mutiara, hitam, platinum emas, dan biru manakala S6 Edge akan ditawarkan didalam putih mutiara, hitam, platinum emas, dan hijau.

Harga penjualan bagi kedua-dua peranti ini masih belum diumumkan namun ianya akan diketahui beberapa minggu sebelum pelancaran rasmi dipasaran.

*lowyat.net melaporkan bahawa Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge akan memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan bulan April iaitu selepas pelaksanaan GST yang akan meningkatkan lagi harga penjualanya.

Sumber

housing loan malaysia | http://www.mobile88.com/news/career-development-loans | loan consolidation scams | private student loans reviews
housing loan malaysia | http://www.mobile88.com/news/career-development-loans | loan consolidation scams | private student loans reviews housing loan malaysia | http://www.mobile88.com/news/career-development-loans | loan consolidation scams | private student loans reviews