Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Gear 2& Gear Fit Dijual Pada Harga RM 899 & RM 599

samsung-galaxy-s5-gear-2-malaysia

Selain Pelancaran Samsung Galaxy S5 semalam, Samsung Malaysia secara rasminya turut melancarkan peranti jam pintar Gear 2 dan Gear Fit yang lebih ringan dan nipis berbanding model asal dan lebih menarik adalah ianya akan berasakan sistem operasi Tizen OS dan bukanya Android.

Jam pintar baru ini akan dikenali sebagai Samsung Gear 2 ( tiada nama Galaxy seperti pada jam pintar yang berasakan Android) dan model ini hadir dengan skrin paparan 1.63-inci Super AMOLED beresolusi 320 x 320 namun memiliki pemproses yang lebih pantas iaitu dual-core 1GHz.

Samsung Galaxy S5 Kini di Malaysia – Berharga RM 2399

Jam pintar Gear baru ini turut hadir dengan beberapa sensor kesihatan seperti alat mengukur kadar dengupan jantung serta port infrared yang membolehkan jam pintar anda bertindak sebagai alat kawalan jauh untuk mengawal peralatan rumah anda.

Dari segi memori simpanan dan RAM, tiada perubahan berbanding model sebelum ini iaitu 4GB dan 512RAM namun pada bahagian bateri, Gear 2 hadir dengan kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 300 mAh yang sedikit mengecewakan namun harapan diletakkan pada sistem operasi Tizen yang mungkin menggunakan bateri dengan lebih efisen. Gear 2 ini akan mula dijual di Malaysia serentak bersama Galaxy S5 pada 11 April dengan harga RM 899. Selain itu ketika ditanya, pihak Samsung Malaysia mengesahkan bahawa tiada sebarang perancangan melancarkan Gear 2 Neo yang lebih murah di Malaysia.

galaxy-gear-fir-malaysia-harga

Satu lagi model jam pintar yang dilancarkan semalam adalah Gear Fit yang lebih kepada peranti kesihatan.

Gear Fit hadir dengan skrin paparan Super AMOLED melengkung 1.85-inci, Accelerometer, Gyroscope, pengukur kadar dengupan jantung, mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga 3-4 hari dengan penggunan biasa, Bluetooth 4.0 LE dan merupakan peranti yang kali air. Gear Fit juga akan dijual mulai 11 April pada harga RM 599.

Kedua-dua jam pintar ini boleh digunakan bersama 18 jenis model berikut :

Samsung Galaxy S5 / Galaxy Grand 2 / Galaxy Note 3 / Galaxy Note 3 Neo / Galaxy Note 2 / Galaxy S4 / Galaxy S3 / Galaxy S4 Zoom / Galaxy S4 Active / Galaxy S4 mini /Galaxy Mega 6.3 / Galaxy Mega 5.8 / Galaxy Note 10.1 (2014) / Galaxy NotePRO (12.2) / Galaxy TabPRO (12.2/10.1/8.4)

[yop_poll id=”27″]

DiGi Telah Membuka Pra-Daftar Minat Untuk Samsung Galaxy S5

Celcom menawarkan Samsung Galaxy S5 – Video Kamera ISOCELL Sensor 16MP

http://www.mobile88.com/news/suntrust-personal-loans | no credit checks payday loans | a href loan | travel trailer loans | http://www.mobile88.com/news/types-of-secured-loans
http://www.mobile88.com/news/suntrust-personal-loans | no credit checks payday loans | a href loan | travel trailer loans | http://www.mobile88.com/news/types-of-secured-loans http://www.mobile88.com/news/suntrust-personal-loans | no credit checks payday loans | a href loan | travel trailer loans | http://www.mobile88.com/news/types-of-secured-loans