Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dibuka untuk tempahan 22 Februari dengan harga dari RM 2,699

Samsung Galaxy S10, Galaxy S10e dan Galaxy S10+ telah dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi dan berita baik bagi kita di Malaysia, tempahan bagi generasi ke-10 Galaxy S ini akan dibuka mulai esok 22 Februari tepat jam 10 pagi iaitu sehingga 28 Februari atau sementara stok masih ada.

Samsung Galaxy S10e adalah model Galaxy S10 yang paling murah dan ianya akan hadir dengan harga penjuala RM 2,699 iaitu dan setiap tempahan akan turut menerima Samsung Galaxy Buds dan perlindungan skrin bernilai RM 639

Pembelian Samsung Galaxy S10 dan Samsung Galaxy S10+ 128GB yang masing-masing hadir dengan harga penjualan RM 3,299 dan RM 3,699 akan menerima Samsung Galaxy Tab A 7.0, Samsung Galaxy Buds dan perlindungan skrin bernilai RM 1,298 secara percuma.

Samsung Galaxy S10+ versi 512GB yang ditawarkan pada harga RM 4,599 pula akan hadir dengan hadiah percuma Samsung Galaxy Watch 42mm dan pelan Samsung Protection Plus bernilai RM 1,479.

Tempahan boleh dibuat mulai jam 10 pagi esok di laman sesawang rasmi Samsung Malaysia.

Selain itu, tempahan juga boleh dibuat melalui rakan penjualan yang lain seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Lazada Malaysia, Shopee , 11street, Maxis, Celcom, U Mobile dan Yes.

 

http://www.mobile88.com/news/arlington-payday-loan | http://www.mobile88.com/news/home-equity-loan-company | http://www.mobile88.com/news/e-loan-bank
http://www.mobile88.com/news/arlington-payday-loan | http://www.mobile88.com/news/home-equity-loan-company | http://www.mobile88.com/news/e-loan-bank http://www.mobile88.com/news/arlington-payday-loan | http://www.mobile88.com/news/home-equity-loan-company | http://www.mobile88.com/news/e-loan-bank