Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy Note10 5G akan hadir dengan 12GB RAM dan 1TB memori dalaman

Samsung Galaxy Note10 5G yang akan dilancarkan bersama-sama Galaxy Note10 akan ditawarkan didalam tiga kapasiti memori dalaman iaitu 256GB,512GB dan 1TB.

Selain itu, kapasiti RAM yang ditawarkan pada telefon pintar ini bergantung kepada kapasiti memori dalaman dengan versi 1TB akan hadir dengan 12GB RAM.

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy S10+ versi 5G hanya ditawarkan dengan 8GB RAM bagi versi 256GB/512GB dan ianya masih belum dapat dipastikan Galaxy Note10 5G akan turut menerima konfigurasi yang sama.

Dengan kapasiti sehingga 1TB dan 12GB RAM, kita mungkin menyaksikan Samsung Galaxy Note10 versi 5G sebagai telefon pintar paling mahal pernah dikeluarkan oleh Samsung.

Pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note10 telah disahkan akan berlangsung pada 7 Ogos 2019 iaitu kurang dari satu bulan dari sekarang.

sumber

interest rate loans | http://www.mobile88.com/news/125-home-improvement-loan | http://www.mobile88.com/news/online-secured-loan-quote
interest rate loans | http://www.mobile88.com/news/125-home-improvement-loan | http://www.mobile88.com/news/online-secured-loan-quote interest rate loans | http://www.mobile88.com/news/125-home-improvement-loan | http://www.mobile88.com/news/online-secured-loan-quote