Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy M20 mendapat sambutan baik, kini boleh dibeli di stor online Samsung dan Shopee

Awal minggu ini, Samsung Mobile Malaysia telah melancarkan model pertama mereka didalam siri Galaxy M ke pasaran tempatan iaitu Galaxy M20 yang hadir dengan harga penjualan RM 799 sahaja

Samsung Galaxy M20 telah dijual secara rasmi buat pertama kali pada hari Samsung Super Brand di Shopee Malaysia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakan dengan stok habis dijual.

Galaxy M20 ini merupakan telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan lebih menarik pada harga penjualan bawah RM 1,000.

Samsung kini telah mengumumkan bahawa Galaxy M20 turut boleh dibeli melalui stor atas talian rasmi Samsung Malaysia dengan setiap pembelian akan turut menerima speaker Logitech X50 bernilai RM 98 secara percuma.

Samsung Galaxy M20 hadir dengan skrin paparan TFT Infinity-V berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Samsung Exynos 7904, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Samsung Galaxy M20 yang memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut hadir dengan teknologi pengecasan pantas 15W yang didakwa 3 kali lebih pantas berbanding pengecas biasa.

Selain itu, kamera Samsung Galaxy M20 hadir dengan tetapan dwi-kamera 13MP dengan aperture f/1.9 yang dipadankan dengan lensa lebar 5MP apeture f/2.2 manakala kamera selfie adalah unit 8MP dengan aperture f/2.0.

Samsung Galaxy M20 ini akan ditawarkan pada harga RM 799 didalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

Beli Samsung Galaxy M20 melalui stor atas talian rasmi Samsung di Sini

Selain itu, Shopee turut akan mengadakan penjualan Galaxy M20 pada 22 Mac dan 27 Mac ini yang akan bermula tepat jam 9 pagi.

 

average school loan debt | college education loans | easy to get personal loans | http://www.mobile88.com/news/international/pebble-smartwatch-hits-275000-online-pre-orders/ | http://www.mobile88.com/news/private-loans-toronto
average school loan debt | college education loans | easy to get personal loans | http://www.mobile88.com/news/international/pebble-smartwatch-hits-275000-online-pre-orders/ | http://www.mobile88.com/news/private-loans-toronto average school loan debt | college education loans | easy to get personal loans | http://www.mobile88.com/news/international/pebble-smartwatch-hits-275000-online-pre-orders/ | http://www.mobile88.com/news/private-loans-toronto