Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Samsung Galaxy A9 kini di Malaysia pada harga RM 1,999 sahaja

Samsung Galaxy A9 yang merupakan telefon pintar pertama didunia dengan 4 kamera dibelakang kini akan mula ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan yang amat kompetitif iaitu RM 1,999.

Jika sebelum ini, tetapan tiga kamera telah diterokai oleh kebanyakkan pengeluar dengan Huawei P20 sebagai model perintis, Samsung Galaxy A9 menjadi model pertama dipasaran untuk memperkenalkan pengunaan 4 kamera.

Maklmumat penuh kamera yang dimiliki Samsung Galaxy A9 ini adalah satu sensor 24MP f/1.7, satu sensor ultra lebar 8MP, sensor telefoto 10MP f/2.4 dengan 2x zoom optik dan sensor depth 5MP f/2.2 khusus untuk mod penggambaran live focus.

Selain itu, Samsung Galaxy A9 juga memiliki kamera hadapan 24MP yang hadir dengan selfie focus dan pro-lighting.

Bercakap mengenai spesifikasi lain yang dimiliki telefon pintar Galaxy A9, ianya hadir dengan skrin paparan Infinity Display bersaiz 6.3-inci yang mempunyai resolusi FHD+ juga dengan mod ‘always on’, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Samsung Galaxy A9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,800mAh dan dengan pengecasan pantas melalui slot USB-C, slot tri-SIM yang menyokong dua SIM dan satu microSD (sehingga 512GB).

Samsung Galaxy A9 ini akan hadir didalam tiga warna iaitu biru gradient, merah jambu gradient dan hitam.

Samsung akan mengadakan jerayawara Galaxy A9 ditiga lokasi iaitu OneUtama, Gurney Plaza Pulau Pinang dan City Square JB ( dari 23 November sehingga 25 November).

Setiap pembelian Galaxy A9 di jerayawara ini akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 783 (kad microSD 128GB, powerbank 10k dengan pengecasan pantas, pelan perlindungan skrin, 3 tiket wayang TGV dan langganan Spotify Premium percuma untuk tiga bulan).

pay day loans military | loan for tax refund | no interest loan | loan modification phoenix | http://www.mobile88.com/news/student-loan-company-limited
pay day loans military | loan for tax refund | no interest loan | loan modification phoenix | http://www.mobile88.com/news/student-loan-company-limited pay day loans military | loan for tax refund | no interest loan | loan modification phoenix | http://www.mobile88.com/news/student-loan-company-limited